berita

‘Bila Dah Buat Sekali Saya Rasa Down’ – Gagal Rawatan IVF, Aprena Manrose Kembali Aktif Berlakon

July 26th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Aprena Manrose

Pelakon Aprena Manrose memaklumkan dia bakal kembali berlakon selepas berehat sekejap bagi memberi fokus kepada rawatan IVF yang dilakukan pada hujung tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aprena Manrose Kongsi Momen Berbuka Bersama, Netizen Terubat Rindu Nampak Kamal Adli

Menjalani rawatan IVF

Ketika ditemui OhBulan!, Aprena Manrose mendedahkan dia sudah menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, kata Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, proses tersebut tidak berjaya namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba lagi.

Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF pada hujung tahun lalu. Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa down juga la.

Tapi baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa la… sekali pernah buat, saya berehat kejap untuk kerja balik.

Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, saya akan buat semula.

Sepupu kepada aktres Uqasha dan Nelydia Senrose ini berkata ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbaharu jenama NADA, Summer To Remember di Hotel Majestic Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Terdahulu, Aprena berkahwin dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.

SKIP THIS AD ×