Harus berjauhan untuk seketika, pelakon Syifa Melvin meluahkan rasa rindu terhadap suami iaitu pemain bola sepak, Safawi Rasid yang kini berada di Bangkok, Thailand atas komitmen kerja.
Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Tak Berdiam Diri Anak Dihina, Buat Laporan Polis & Akan Ke MCMC
Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Tak Setuju Budaya Periksa Telefon Pasangan – ‘Kalau Buat Benda Tak Elok, Banyak Cara Tuhan Akan Tunjuk’
Rindu & risau
Syifa atau nama lengkap Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 34, berkata, dia sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk suaminya yang membanting tulang empat kerat demi menyara keluarga.
Rindu suami extra sikit. Suami travel jauh cari rezeki untuk anak bini, demi kelangsungan hidup.
Selalulah kita doa kesejahteraan, keselamatan suami. Walaupun selalu kena tinggal tapi tidak apa, doa dan semangat selalu mengiringi.
Semoga suami suami kita selamat pergi balik cari rezeki, dikurniakan hati yang tenang supaya kebaikan itu semua kita dan keluarga dapat rasa.
Syifa berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Kenal luar dalam
Dalam hantaran sama, Syifa mengakui rasa rindu sewaktu mereka bercinta dan selepas berkahwin adalah berbeza.
Berbeza sangat perasaan rindu bercinta dengan rindu dah kahwin. Rindu dan risau, risau yang ke arah keselamatan dia.
Kalau bercinta risau pada benda yang bukan-bukan, bila dah kahwin kita je kenal suami kita luar dalam. Dia juga yang kenal kita luar dalam, bukan orang lain termasuk keluarga.
Sekadar info, Safawi yang juga pemain skuad Terengganu FC kini berada di Bangkok bagi perlawanan akhir peringkat kumpulan Piala ACC Shopee.
Imbas kembali, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada November 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Saif Sulaiman yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram