berita

Bila Doktor Main TikTok….

May 9th, 2020 | by Shahira
Video Popular

Sejak kebelakangan ini, aplikasi TikTok semakin popular dan seolah-olah menjadi satu trend dalam kalangan pengguna dari seluruh dunia termasuklah Malaysia. Jika kita lihat, saban hari ada sahaja video-video kreatif dan kelakar yang dikongsikan oleh para pengguna tanpa mengira kaum dan peringkat umur.

Terbaru, Jasper Wong menerusi akaun Facebooknya ada berkongsi beberapa koleksi video TikTok menarik yang memperlihatkan seorang doktor sedang menari.

Doktor rupanya


Menerusi perkongsian yang dimuatnaik Jasper Wong, video tersebut memaparkan seorang lelaki yang dikenali dengan nama Emil Legarde itu sedang menari sambil diiringi pelbagai jenis muzik. Lebih menarik perhatian ramai apabila mengetahui Emil Legarde yang berusia 28 tahun ini sebenarnya adalah seorang doktor.

Koreografi power!


Bukan sahaja bijak dalam pelajaran, malah Emil Legarde dipuji kerana berbakat dalam bidang tarian. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai dan rata-rata daripada mereka turut memuji koreografi yang dipersembahkan lelaki ini. Walaupun memiliki tubuh badan agak besar tetapi ianya langsung tidak menghalang Emil Legarde untuk meneruskan hobinya yang suka menari.

Bertenaga!

Kreatifnya doktor ni

Sementara itu, individu ini juga turut dikenali dengan nama Doktor ‘Bear’ iaitu sama seperti nama penggunanya di akaun TikTok, Dr Boss Bear.

Lagu Gangnam Style pun ada


Pelbagai koreografi kreatif dan menarik yang dipersembahkan doktor ‘Bear’ dengan berlatar belakangkan lagu-lagu hit seperti Gangnam Style. Bukan lagu sahaja, dia juga turut menggunakan langkah dan aksi tarian yang sama seperti penari asal. Sangat berbakat!

Hebat

Lain dari yang lain

Sumber: Jasper Wong, Dr Bear Boss

SKIP THIS AD ×