berita

Bila Kajol Datang Malaysia, Selebriti Pun Jadi Excited! Jom Intai Foto Mereka Di Sini

August 21st, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-08-21 at 1.12.51 PM

Walaupun gelombang K-Pop sudah mula bertapak di Malaysia sejak akhir-akhir ini, ia masih tidak mampu membuatkan kita semua melupakan demam Bollywood kan?

Mana taknya, banyak filem Bollywood yang kekal sebagai all time favourite orang ramai. Contohnya, Kuch Kuch Hota Hai, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhi Gham. Eh, banyak lagi lah!

Dek kerana itu, kunjungan Kajol buat pertama kalinya di Malaysia sempena pelancaran saluran baru Astro, Astro Box Office (ABO) BollyOne HD (saluran 251) semalam telah membuatkan semua orang jadi excited! Termasuklah selebriti Malaysia sendiri.

Screen Shot 2014-08-21 at 1.14.31 PM

Foto yang dimuat naik oleh Awal Ashaari di laman Instagramnya

Waahh! Senyum sampai telinga Awal Ashaari dan Lisa Surihani yang sempat berselfie dengan Kajol semalam. Ramailah yang makan hati nampaknya ya?

Untuk makluman para pembaca, mereka berdua berpeluang beramah mesra dengan Kajol kerana dilantik sebagai pengacara bagi majlis pelancaran tersebut. Bertuah la hai! Nah, kami sediakan beberapa keping lagi foto mereka bersama Kajol di bawah.

Kredit foto: Instagram Awal Ashaari, Lisa Surihani, Prettypeektures, Oh Media

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)