berita

‘Bila Kali Terakhir Kamera Pecah?’ – Diaju Soalan Peribadi, Adi Putra Bengang Ditemuramah?

December 16th, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Adi Putra, satu nama yang memang tidak asing lagi dalam industri tanah air. Pelbagai kontroversi yang melandanya tahun ini, namun dia masih kelihatan tenang menghadapi semua tuduhan dan tomahan ke atas dirinya. Walaupun begitu, Adi Putra masih  tidak henti-henti mendapat tawaran berlakon. Kalau sudah berbakat, berebut pengarah mahu ambil berlakon. Betul tak?

Terbaru, menerusi Astro Gempak, Adi Putra dikatakan mengamuk selepas di aju soalan oleh wartawan. Biar betul? Dikhabarkan wartawan itu menanyakan soalan peribadi mengenai kisah rumah tangganya, namun lain pula jadinya.

Dilayan dingin

Mak aih…garangnya Datuk Adi Putra. Terkejut Miss K selepas menonton rakaman temubual di antara Adi dengan seorang wartawan televisyen baru-baru ini.

Wartawan penyiaran tersebut Miss K kenal sangat sebab dia pun agak popular orangnya. Dan setahu Miss K lagi, dia tak pernah buat hal dengan mana-mana artis sebelum ini.

Sehinggalah baru-baru ini dia ditugaskan untuk menemuramah Adi Putra dan malangnya dia dilayan dingin oleh pelakon tersebut.

Mood Adi tiba-tiba ‘swing’ tau you alls! Macam biasalah, selepas wartawan tu tanya tentang filem dan lakonan dia beralih pula kepada soalan peribadi. Yang Miss K rasa, you alls semua pun nak tahu.

Wartawan tu tanya tentang status rumah tangga Adi dan Aida sekarang. Itu sahaja. Bukannya apa, sebelum ini orang heboh Adi dah bercerai dengan kedua-dua isterinya.

Tup-tup baru-baru ini Adi muat naik foto bersama Aida siap kapsyen ‘Alhamdulillah’…Wartawan tu mewakili orang di luar sana juga, yang nak tahu adakah benar cerita-cerita sebelum ni. Sebab itu dia yakin bertanya, tapi nampaknya Adi tak happy dengan soalan tersebut.

Bila kali terakhir kamera pecah?

Terus Adi buat muka dan tanya balik kepada wartawan tu, “bila kali terakhir kamera pecah?” Haaa..lebih kurang begitulah jawapan dia, dalam nada yang ‘tegang’. Tu tak campur lagi dengan kerutan di wajah! Ooooohai…Seram you alls! Miss K tengok sendiri rakaman temuramah tu.

Tapi, Miss K respectlah kat wartawan tersebut sebab tak menggelabah langsung masa Adi cakap macam tu, sebaliknya dia terus jawab “tak apa, kalau tak mahu komen tak apa…” Senyum-senyum pulak lagi. Nak tahu apa Adi balas? Macam ni lebih kurang jawapan dia; “saya fikir saya hormat awak je sekarang ni,” dengan muka yang masam mencuka, ketat dan sendat!

Alahai Adi, tugas wartawan memang bertanya soalan. Jawapan ada pada diri awak. Rasanya ada banyak cara lain yang lebih cool dan chill untuk jawab soalan wartawan tu. Sorry Adi, walaupun Miss K suka tengok lakonan Adi, tapi cara awak tu…Miss K tak berkenan langsung! Nampak samseng dan nadanya macam mengugut tau. Tak sedap langsung di dengar!

Janganlah macam tu…Wartawan dan selebriti saling memerlukan. Selama hari ini pun banyak publisiti mereka beri dan tulis yang baik-baik tentang kerjaya Adi, betul tak? Jadi apalah salahnya sama-sama bertolak ansur.

Sumber : Astro Gempak

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×