Penyanyi dan penyampai radio Kool FM, Haiza, menasihati setiap individu supaya sentiasa menjaga adab ketika berkunjung ke rumah orang, terutamanya pada musim perayaan ini.

Artikel Berkaitan: ABPBH37: Haiza Usaha Tunaikan Manifesto Tumbang Kambing – ‘Doakan Rezeki Saya, Dapat Buat Kenduri’

Artikel Berkaitan: Haiza Nasihat Baby Shima Berfikir Dahulu Sebelum Lancar Lagu – ‘Jangan Normalisasikan Unsur Lucah’

Haiza pesan jangan jadikan bahan bualan

Menerusi satu hantaran di Threads, Haiza atau nama penuhnya Rohaiza Nordin, 45, menegaskan bahawa setiap tetamu seharusnya membutakan mata dan membisukan mulut terhadap apa sahaja yang dilihat.

Musim raya ini, bila masuk rumah atau bilik air orang, butakan mata.

Bila keluar, bisukan mulut.

Katanya lagi, sama ada berkaitan susun atur rumah atau kebersihan, segala yang dilihat seharusnya berhenti di situ sahaja tanpa dijadikan bahan bualan.

Cantik atau tidak rumah yang kita kunjungi, biarlah kekal di situ sahaja.

Sumber: Threads