Pelakon Taufiq Hanafi meluahkan rasa terkilan dengan penerbitan sebuah artikel yang menggambarkan dia sebagai seorang yang gemar mengikis wang wanita.
Artikel Berkaitan: ‘Anim Ezati Pandai Ambil Hati Saya & Keluarga’ – Taufiq Hanafi
Petik nama saya
Ketika dihubungi OhBulan!, Taufiq atau nama sebenarnya Mohamad Taufiq Mohd Hanafi, 32, pada awalnya dia tidak mengambil tahu tentang artikel berbentuk gosip itu, Namun, mula menyedarinya selepas netizen memetik namanya berdasarkan klu diberikan.
Saya ada baca sebuah artikel yang ditulis secara agak terperinci butirannya namun saya tak mahu ambil kisah dan anggap berita itu tentang artis luar negara. Tapi apa buat saya rasa tak sedap bila netizen secara terang-terangan memetik nama saya sebagai individu dimaksudkan.
Ujar Tuafiq, dia tidak melatah dengan gosip berkenaan, sebaliknya hanya mahu membersihkan namanya daripada gosip yang disifatkan sebagai fitnah.
Saya hanya mahu bersihkan nama saya. Kalau bukan nama saya yang dimaksudkan oleh gosip itu Alhamdulillah. Tapi kalau gosip itu memang fitnah dan nak menjatuhkan kerjaya saya, saya mohon individu di sebalik semua ini datang berjumpa dengan saya atau boleh dm dan mesej saya. Saya sedia untuk berjumpa.
Terdahulu, Taufiq pernah melangsungkan majlis pertunangan dengan seorang wanita. Bagaimanapun, pertunangan mereka berakhir dan Taufiq mula rapat dengan personaliti televisyen Anim Ezati sejak September lalu.