berita

Bila Pemanggil MHI Dua Kali Tersasul, Aduh Pecah Perut! Yang Penting Confident Kak Jamaliah!

September 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Di twitter, penyanyi Sissy Iman kongsi kejadian lucu yang berlaku kepadanya sewaktu dijemput sebagai tetamu di Malaysia Hari Ini (MHI) semalam. Perkongsian tersebut berjaya membuatkan ramai netizen pecah perut apabila pemanggil yang bernama Jamaliah Mohamad dari Taiping, Perak menghubungi MHI ingin bercakap dengan Sissy Iman namun rupa-rupanya tersalah artis.

Eh eh tersilap

Video berdurasi lebih kurang seminit itu menyaksikan Sissy Iman cuba melayan peminatnya, Jamaliah. Apa yang lucunya apabila pemanggil berkenaan tersasul cuba bertanyakan genre lagu berbeza yang kini disampaikan Sissy namun tersalah sebut  perkataan gender. Walaupun ianya agak lucu, namun Sissy dan hos Fariha Onn dan Hanif Miswan cuba mengawal keadaan.

Sissy yang kelihatan tenang cuba berseloroh kembali dengan menanyakan apa yang hendak diperiksa Jamaliah jika berlainan jantina? Tidak berhenti di situ, Jamaliah dengan yakin pula mendakwa lagu Eh dendangan Zizi Kirana dijadikan nada dering telefon anaknya.

Jamaliah: Saya suka sangat dengan Sissy. Lagu Eh Eh ke apa, saya jadikan nada pemanggil untuk anak saya.

Sissy: ‘Eh’ itu orang lain. Itu Zizi Kirana. Saya Sissy Imann.

Perkongsian tersebut membuatkan ramai tak kering gusi sehingga ada memuji Sissy Iman yang sangat ‘cool’ melayan pemanggil dari Taiping itu.

Tak sempat brek langsung

Dua kali confident, dua kali salah

Sumber : Sissy Iman

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

×