berita

‘Bila Pula Saya Mencela Orang Lain?’ – Peminat Minta Betulkan Niat Berdakwah, Ini Respon Abby Abadi

March 8th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sejak penghijarahan pelakon popular Abby Abadi pada tahun 2012, dia mula bertindak untuk lebih mendalami islam dengan lebih baik. Dia sering menggunakan akaun peribadi dalam media sosial seperti Instagram dan Twitter bagi menyampaikan dakwah atau pendapatnya kepada orang ramai.

Terbaru, Abby Abadi berkongsi tentang satu pesanan yang diterima melalui direct messenger di akaun Instagramnya yang berharap agar semua nasihat yang dikongsikan oleh Abby dibuat dengan niat yang betul dan tiada niat untuk menyindir artis lain.

‘Bila pula saya mencela orang lain?’

Jika korang selalu mengikuti akaun Instagram Abby Abadi, pasti korang selalu terbaca status yang banyak mengajak kepada kebaikan dan diselang-selikan dengan peringatan tentang solat lima waktu. Abby mengakui status yang dibuat hanyalah sebagai satu teguran umum sahaja.

‘Sikit-sikit sudah ok, jangan taksub’

Dalam posting Abby berkaitan dengan nasihat, teguran mahupun ajakan untuk mengerjakan ibadah dalam islam diakui sendiri olehnya bahawa ia tidak ditujukan kepada mana-mana pihak dan ianya dibuat sekadar untuk memberi peringatan buat diri dan sesiapa juga yang membaca status tersebut.

Credit: Abby_abadi112

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×