berita

Siti Nordiana Kongsi Momen Akhir Arwah Bekas Suami Bersama Anak – ‘Malam Sebelum Meninggal Dia Teringin Sangat…’

October 23rd, 2023 | by Alia
Kini Trending

siti nordiana

Pelakon dan penyanyi, Siti Nordiana berkongsi antara momen akhir arwah bekas suaminya iaitu pelakon, Faizal Yusof bersama anak tunggal mereka Muhammad Rayyan Nakhaie.

Artikel Berkaitan: ‘Terkucil Itu Perkara Biasa, Mungkin Kesan Covid 3 Kali’ – Siti Nordiana

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nordiana Nafi Sudah Berkahwin – ‘Cari Lelaki Yang Memahami, Bukan Senang Cari Jodoh’

Kenangan yang tak dapat dilupakan

siti nordiana

Menerusi temu bual bersama satu stesen radio, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana itu mengakui peranan arwah sangat penting di dalam kehidupannya walaupun berlaku perceraian di antara mereka.

Nana turut bercerita tentang kenangan terakhir aktor itu bersama Rayyan yang tidak dapat dilupakannya sehingga ke hari ini.

Dia merupakan abah kepada anak saya. Bila diingatkan sedih juga sebab malam sebelum dia meninggal, dia ada telefon saya nak ambil Rayyan.

Tapi kebetulan ketika itu bukan giliran dia bersama Rayyan. Dia kata dia teringin sangat nak bawa dan ambil Ryan ketika itu.

Tapi saya tak bagi, rupanya dia memang nak sangat jumpa anak dia.

Dalam pada itu, pelantun lagu Hatiku Milikmu ini turut mendedahkan sikap arwah yang dikatakan sedikit berubah sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Arwah juga sering menitipkan pesan kepada anak mereka untuk menjaga Nana dengan baik walaupun Rayyan ketika itu baru berusia dua tahun tujuh bulan.

Sebenarnya sebelum itu dia dah bagi banyak ‘hint’. Bila dia telefon Rayyan tiba-tiba sahaja dia akan cakap ‘abah mati’, dia akan cakap bila dia merajuk dengan Rayyan dan banyak kali dia ulang.

Saya ada tanya kenapa dia cakap macam itu, dia jawab ‘tak ada apa saja nak kacau Rayyan’.

Banyak kali dia telefon dan saya dengar, ‘nanti Rayyan jaga mama ya’. Dia cakap banyak kali.

Kira-kira dalam sebulan sebelum dia pergi, dia jadi lain. Dia orangnya baik tapi ‘loud’. Masa dia nak pergi itu dia jadi sangat baik dan sangat lembut dengan saya.

Untuk info, Nana dan arwah Faizal mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 namun disahkan bercerai pada tahun 2009.

Pada tahun 2011, Allahyarham Faizal meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×