berita

‘Bila Rindu, Boleh Tengok Gambar’ – Ditanya Isteri Kenapa Asyik ‘Selfie’ Je, Jawapan Ustaz Ebit Lew Buat Kami Sebak

December 11th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Siapa yang sering mengikuti ustaz Ebit Lew di laman sosial pasti tahu ustaz Ebit seorang yang sangat romantik bersama isteri. Dia sering menangkap gambar ‘selfie’ bersama isterinya. Namun, tahukah korang disebalik hobi Ustaz Ebit itu sendiri.

Sedih kami baca perkongsian ustaz, bayangkan dia sering merindui keluarganya. Paling menyedihkan apabila dia tidak banyak merakam memori bersama arwah ibunya, tidak sempat selfie. Perasaan rindu yang lahir itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sebaknya.

Asyik suka selfie

Abang asyik selfie jerr kenapa..sebab bila abang rindu. Abang nak tengok gambar sayang lama-lama. Biar anak-anak semua tengok insyaAllah satu masa nanti…. Nampak tak awan, langit, laut di belakang tu..ada hujung tak..begitulah cinta dan sayang abang. Allah anugerahkan cinta ini takde hujung. Lagi kita teroka. Makin luas kita nampak cinta itu…lagi indah cantik dari semua ini..

Itulah cinta Allah bagi. Maha Kuasa Allah dia yang beri rasa cinta. Pergi mana-mana ada jer orang nak selfie. Suka tengok sebab boleh ambil berkat diaorang tu semua baik-baik. Sudi dengar ceramah cina ni..

Tapi paling indah selfie dengan sayang abang. Sekarang selalu tengok gambar mak. Simpan sebab tak banyak. Tak sempat nak selfie dengan mak. Nanti nak selfie banyak-banyak dengan mak dalam syurga..

Rindu sangat dengan keluarga

Sorry,sayang. Abang rindu sayang sangatlah. Tak tahu nak buat apa. Doa kat Allah. Ya Allah jika ada pahala air mata rindu buat bidadari tercinta ini. Jadikanlah asbab hidayah. KeranaMu kami berjauhan. Kerana belajar-belajar share ilmu. Jadikanlah kerinduan mendalam terhadap bidadariku ini asbab hidayah..

Bila call isteri. Dengar suara jer dah menangis. Berdebar jantung rindu sangat. Sedih..dengar suara anak 3 tahun cakap..ayah,Qadeejah dah daftar sekolah. Tadi Qadeejah lukis muka ayah..nanti ayah tengok tau. Ayah, hayfa Qadeejah busy ni tengah try tudung sekolah. Nanti ambil gambar. Umi hantar kat ayah yer..Terus menangis rindu.

Tadi masa solat dekat surau tengok anak kecil menangis rindu mak..saya peluk dia. Saya kata ustaz pun rindu mak. Rindu bidadari ustaz. Tapi kalau kita betul-betul sayang mereka kita kena beri masa jadi baik dan buat dakwah. Pimpin keluarga dekat dengan Allah. Solat dan hidupkan Taklim rumah. Berjuang di jalan Allah. Tinggikan kalimah Allah..baik ustaz. Saya nak bawa ibu saya jumpa Nabi saw…-ebit lew

Sumber : Ustaz Ebit Lew

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×