berita

Bila Satu Malaysia ‘Bahan’ Jawapan Temuramah Da’i Farhan, Aura Dia…

December 4th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kisah perkahwinan Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad dengan isteri keduanya di Tanah Suci, Makkah ternyata mencuri tumpuan netizen baru-baru ini. Menerusi satu temu bual bersama sebuah portal sebelum ini, Da’i Farhan mendedahkan bahawa dia pernah diajak berkahwin oleh 18 wanita tetapi terpaksa ditolaknya.

Namun, dia mengakui bahawa isteri keduanya ini merupakan jodohnya kali yang ke-19 dan dia tidak mempunyai kekuatan untuk menolak takdir. Ekoran daripada itu, rata-rata netizen meninggalkan respon negatif lalu menjadikan pengakuan tersebut sebagai bahan gurauan di media sosial.

8 orang perempuan minta nak jadi isteri

Youtuber Farhan Mazlan, memuat naik video parodi Da’i Farhan yang ditemubual oleh seorang wartawan. Video tersebut berjaya medapat 457k views dan 44k likes. Pada masa yang sama, pengacara Jihan Muse dan Bell Ngasri turut membuat parodi yang sama melalui sebuah program bual bicara hiburan.

18 kali minta buat sale

Manakala menerusi media sosial, rata-rata rakan artis, restoran makanan segera, syarikat perkhidmatan dan termasuk syarikat penerbangan menggunakan tagline 18/19 Da’i Farhan sebagai kapsyen mereka. Antara artis yang menggunakan tagline tersebut ialah Aeril Zafril. Pelakon itu memuat naik posting ’18 kali permintaan saya nak baby Wawa tolak. Kali yang ke-19 ni, Wawa tak ada kekuatan nak tolak dia punya aura tu’.

Selain Aeril, syarikat penerbangan Air Asia turut mempromosikan tiket penerbangan tambang murah mereka menggunakan tagline yang sama.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×