berita

‘Bila Tengah Makan & Disuruh Ke Sana Sini Untuk…’ – Fizo Omar Mohon Peminat Ada ‘Common Sense’

November 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebagai anak seni, melayan peminat merupakan salah satu tanggungjawab. Ini kerana, peminat merupakan tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada mereka sejak menceburi industri seni tanah air.

Di Twitter, Fizo Omar memberitahu bahawa dia tidak kisah seandainya peminat mahu mengambil gambar bersamanya. Cuma, mereka perlu tahu waktu yang sesuai untuk bergambar dengannya.

Apa perasaan kau?

Dah jadi public figure, thats the price we have to pay la kan. Syukur alhamdulillah masih ade peminat dan orang support kita. Tapi common sense la, kalau tengah makan or tengah in the middle of something yang serious, ade yang siap bagi insruction lagi, “awk pergi ke meja sane jap, kita orang nak bergambar”, kau baru nak suap makan ni (lagi-lagi tengah lapar tak sempat nak makan) hmmmm macam mana kau nak react ni?

Saya sebenarnya tak kisah pun, malah happy saja bila keluar in public dan orang nak bergambar, as a celebrity kita rasa mcm dihargai bila ada peminat nak bergambar ataupun autograph, tapi kene tengok la keadaan dan situasi. Kalau bukan selebriti pun akan spoil juga kan bila dia tengah makan dan disuruh ke sana sini untuk nak bergambar. Cuma saya faham di tempat peminat, bukan lah dia kurang beradab ke apa, kadang tu terlebih excited bila jumpa some one yang dia minat or admire. Bukan marah share ni, cuma saling mengingatkan saja. Biarlah adab kita menggambarkan berapa tingginya nilai bangsa melayu kita.

Menurut Fizo, dia bersyukur kerana masih ada peminat yang memberikan sokongan dan mahu bergambar bersamanya. Namun, dia berasa kurang selesa seandainya peminat tersebut tidak memahami situasinya sekiranya mahu bergambar. Sebagai contoh, peminat mengajaknya untuk bergambar sewaktu ingin menjamu selera. Bukan itu sahaja, mereka turut memberi arahan kepadanya untuk ke meja lain pada waktu itu.

Ujar Fizo lagi, semua individu akan mempunyai perasaan yang sama jika berhadapan dengan situasi tersebut. Di akhir posting, Fizo memberitahu dia tidak marah kepada individu berkenaan. Cuma, dia berharap peminat di luar sana tahu mengenai adab dan masa yang sesuai untuk mengajak artis kegemaran mengambil gambar mahupun tandatangan.

Jawab tunggu saya habis makan

Rata-rata netizen mempunyai pandangan yang sama dengan Fizo. Menurut mereka, peminat tersebut perlu menunggu artis kesayangan mereka habis menjamu selera. Tambah netizen, Fizo perlu memberitahu peminat juga agar tunggu sekejap sehingga dirinya selesai makan seandainya mahu bergambar.

Sumber: Fizo Omar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×