Pelakon Azhan Rani meluahkan hasratnya untuk mencuba pelbagai watak dalam lakonan dan tidak mahu terus dikaitkan dengan peranan sebagai ‘penunggang agama’ sahaja.
Artikel Berkaitan: Bukan Nak Bermegah, Azhan Rani Sudah Derma 99 Beg Dar*h – ‘Dua Minggu Lagi Kalau Panjang Umur & Sihat Boleh Genap 100’
Artikel Berkaitan: Azhan Rani Selesa Bekerja Dengan Pelakon Baharu, Puji Semangat & Usaha Aizat Saha
‘Saya dah janji tak nak bawa watak ustaz’
Ketika ditemui OhBulan!, Azhan atau nama lengkapnya Azhan Abdul Rani, 49, berkata sudah bosan dan terpaksa menolak beberapa tawaran yang mahukan dia membawa watak seorang ustaz.
Menceritakan perkara itu, Azhan akui terlalu banyak tawaran yang diterima lebih-lebih lagi selepas dia menjayakan watak sebagai ustaz Hamadi menerusi drama Nur.
Saya bosan bawa watak penunggang agama ni sebenarnya. Selepas drama Nur, terlalu ramai yang panggil saya untuk watak seperti ini dan banyak juga saya dah tolak. Saya pun dah berjanji tak nak bawa watak ustaz.
Sebab kalau saya bawa watak baik macam mana sekalipun, orang tetap akan ingat watak ustaz Hamadi juga. Saya nak buang watak Hamadi tu memang susah sampai bila dapat watak lain, saya berharap watak tersebut dalam menutup watak ustaz Hamadi dan beri fokus pada watak baharu.
Azhan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025, di The Boathouse, Ampang pada Isnin.
Mahu cuma pelbagai watak
Walau bagaimanapun, pelakon drama Nur ini berkata dia akan mempertimbangkan sekiranya watak yang ditawarkan itu mempunyai sudut yang berbeza daripada karakternya sebelum ini.
Saya okay untuk bawakan watak ustaz, tapi bergantung dari sudut ‘angle’. Kalau isu sama dan klise, saya akan tolak, tapi kalau jalan ceritanya berbeza, saya tiada masalah untuk pertimbangkan.
Pada usia yang hampir meniti senja saya nak cuba pelbagai watak tak pernah dibawakan. Saya rasa banyak watak lain yang saya boleh bawakan.
Saya sampai minta pada Shahrulezad untuk cipta karakter baharu, itu lahirnya drama Khunsa dan terbaharu, Seribu Tahun, watak yang semakin lama makin berat dan mencabar.
Dalam perkembangan lain, Azhan akan muncul dalam drama bersiri berjudul Wok yang akan disiarkan pada bulan Ramadan depan di platform penstriman Unifi TV.
Selain Azhan, pelakon lain yang turut membintangi drama berkenaan ialah, Sharifah Sakinah, Nafiez Zaidi, Lisdawati, Noorkhiriah, Aida Aris dan Nelissa Nizam.