Masalah kekurangan guru tadika yang semakin meruncing di China menyebabkan negara itu beralih kepada robot untuk mengambil alih tugas mengajar.
Robot guru tadika pertama dikenali sebagai Bingo itu direka khas untuk mengajar pelbagai subjek termasuk Bahasa Inggeris, Sains serta cara bermain golf.
Mempunyai banyak kelebihan
Menerusi laporan Daily Mail, robot tersebut direka oleh seorang doktor falsafah dari Universiti Tsinghua Beijing yang dikenali sebagai Ming Haibo. Katanya, dia percaya robot mempunyai banyak kelebihan dalam membantu kanak-kanak mengulangkaji pelajaran dan menyemak kerja sekolah mereka.
1500 pra sekolah sudah membeli
Sehingga kini, robot Bingo sudah dibeli oleh 1500 pra-sekolah di bandar utama seperti Beijing, Tianjin, Zhenzhou dan Wuhan.
Video Bingo sedang mengajar
Video yang berdurasi 0:46 saat itu menunjukkan robot tersebut sedang memberi arahan dan mengajar kanak-kanak di sekolah.
China merupakan negara yang dijangka akan berdepan masalah kekurangan guru dan pra-sekolah untuk tempoh dua tahun.
Sumber: Daily Mail