berita

Bilik Khas Abang Cuma Sebuah Pangkin & Lubang Tandas, Nenek Uzur Tabah Jaga Cucu Autisme

March 17th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menjaga kanak-kanak istimewa seperti golongan autisme bukan suatu perkara yang mudah. Ini kerana, golongan tersebut perlu dijaga dengan penuh kesabaran, kasih sayang dan juga diberi tumpuan yang khusus setiap hari.

Seperti sebuah perkongsian di Facebook, seorang nenek yang uzur tabah menjaga cucu autismenya secara sendiri. Lebih menyedihkan, cucunya itu seolah-olah faham akan situasi dan keadaan nenek yang menjaganya.

Syurga abang

Ini Abang. Umur Abang 25 tahun. Bilik khas Abang tak ada kipas atau pun sebarang perabut seperti bilik khas anak syurga lain yang selalu kita dengar di luar sana. Bilik khas Abang cuma ada sebuah pangkin dan lubang tandas semata. Berjaringkan dawai yang selalu digunakan utk membuat pagar, di sanalah Abang seharian dari pagi sampai malam. Melihat orang yang lalu lalang sambil berbual sendiri dalam bahasa yang tidak difahami sesiapa pun. Yang pasti, Abang kelihatan bahagia hidup dalam dunianya sendiri.

Abang anak autisme, yatim piatu. Ibu dan ayah telah lama meninggal. Abang dijaga oleh nenek yang telah tua. Makan disuapkan nenek. Abang pernah dihantar ke PDK ketika hayat arwah ibu masih ada. Tetapi, Abang tak sesuai berada di sana. Kasih seorang nenek. Bila malam, Abang akan tidur bersama nenek. Sungguh pun Abang begitu, tak pernah sekali pun Abang jentik nenek. Jauh sekali cederakan nenek.

Abang terpaksa dikurung begitu kerana sudah beberapa kali Abang lolos dari rumah sebelum ini. Tidak terkejar kudrat orang dewasa andainya itu yang terjadi. Sebab itulah semua pintu dan tingkap rumah ini terpaksa dirantai dgn rantai besi dan dimanggakan. Bimbang sungguh jika Abang hilang lagi. Menjaga Abang tidaklah susah kerana Abang tiada keperluan khas yg lain. Abang makan dan minum seperti orang dewasa. Abang juga jarang sakit.

Tahu adik nak pergi

Cuma, sejak kebelakangan ini, Abang tidak dapat tidur malam. Abang riuh “ bersembang “ seorang diri sampai ke pagi. Abang juga tidak lalu makan. Bila nenek suapkan nasi, Abang enggan pun peduli. Patutlah dia macam ni, rupanya dia tau adik dia nak pi tinggal dia agaknya. Luah nenek sayu. Semalam. Abang dipakaikan baju dan seluar yang cantik. Tangan Abang digenggam kemas. Abang dibawa keluar dari bilik yang menjadi dunianya selama ini untuk bertemu Adik.

Abang diizinkan menatap wajah adik buat kali terakhir. Di sisi jenazah adik, Abang terkebil-kebil. Abang senyum tak putus. Abang cuba nak panjat dan duduk atas katil di sisi adik.
Tetapi orang marah. Orang suruh Abang duduk bawah saja. Abang tak boleh duduk dengan adik. Abang gembira melihat ramainya orang datang rumah. Abang dibawa masuk semula ke bilik khasnya sejurus sebelum jenazah adik perempuannya yang comel dan berusia 9 tahun itu dibawa ke tanah perkuburan. Berlarianlah adik di taman syurga dengan riang gembiranya tanpa kesakitan lagi.

Sumber: Gabungan Anak Terengganu

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×