berita

Bimbang Ibu Tak Sempat Makan, Anak Selit ‘Bekal’ Siap Tulis Nota, Sebaknya!

October 30th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Anak merupakan anugerah terindah yang dikurniakan Allah SWT buat hambanya. Sebagai seorang ibu bapa, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mendidik anak menjadi insan berguna.

Seperti perkongsian Puan Arzuliana Arshad ini, anaknya sempat memberi bekal beserta nota buat ibunya yang keluar bekerja. Anak bimbang sekiranya ibu sibuk sehingga tidak sempat makan.

Untuk ibu

Ibu apa khabar? Ibu baliklah awal. Adik sayang ibu, harap-harap ibu balik pukul 6. Bye ibu. Ibu bawa kereta hati-hati. Daripada adik, sayang ibu.

Menurut si ibu, nota yang ditulis anak diikat bersama sebungkus roti lalu diletakkan di dalam beg. Dia menyedari kewujudan ‘bekal’ tersebut sebaik tiba di tempat kerja.

Tambahnya lagi, roti tersebut sepatutnya menjadi kudapan anak sebelum ke sekolah namun anaknya bimbang ibu terlalu sibuk sehingga tidak sempat makan.

Ibu makanlah roti

Ni anak bongsu saya. Tak suka menyepah tapi suka bagi nota dan bekal pada ibunya. Abah dia beli untuk dia makan sebelum ke sekolah, tapi dia risau takut saya tak sempat makan dekat tempat kerja. Entah waktu bila dia letak dalam beg, sampai tempat kerja buka beg tengok dah ada bekal siap nota lagi. Allah terharunya ibu rasa, berair mata ni baca nota-nota dia bagi.

Sumber: Arzuliana Arshad via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?

The following two tabs change content below.

×