Lambakan produk kecantikan dalam pasaran sudah pasti membuatkan ramai diantara kita yang teragak-agak untuk memilih mana yang terbaik dan sesuai dengan situasi kulit sendiri. Bagi mereka yang berkulit sensitif terutamanya, kandungan-kandungan tertentu dalam sesuatu produk mungkin boleh menyebabkan breakout pada kulit mereka.
Iman, seorang pengguna Twitter berkongsi cara mudah untuk memeriksa kandungan dalam produk kecantikan sama ada selamat digunakan atau tidak.
‘Search produk guna cosDNA’
Korang boleh cari website ni dengan google je – cosDNA. Kemudian pilih jenama produk apa korang nak tahu. Boleh taipkan nama produk dalam kotak carian atau letakkan satu per satu kandungan dalam produk tu kalau tak jumpa dalam ruang carian.
‘Hijau maksudnya ingredient ok, merah masudnya tak elok’
Ni contoh macam mana hasil carian korang akan keluar dalam website cosDNA tu. Kalau keluar hijau pada kotak safety maksudnya produk tu selamat digunakan. Jika warna merah yang keluar, dah boleh berhenti gunakan sebab ada kandungan yang bahaya untuk kulit.
‘They even tell you if it’s green or red for oily/sensitive/dry skin’
Boleh juga gunakan laman web Skincarisma.com untuk check produk yang sesuai. So, lepas ni dah tak perlu bergantung pada review produk semata-mata. Korang boleh check sendiri mulai hari ini. Mudahkan? Namun, setiap produk ada kesan yang berbeza-beza mengikut kesesuaian kulit masing-masing.
Admin pun dah cuba pakai website ni, result dia memang macam tak percaya! semua kandungan keluar. Boleh tahu ada merkuri, paraben atau pun bahan lain yang sensitif untuk kulit kita.
Okay, nanti akan keluar macam ni lepas korang search mana-mana nama produk. Untuk Produk yang admin cuba ni, dia bagus untuk digunakan sebab tiada kandungan yang berbahaya didalamnya. Apa-apa pun, semua bergantung kepada pengguna sama ada nak teruskan pakai produk tersebut atau tidak selepas mengetahui kandungan didalamnya.
Credit:Iman