berita

Bimbang ‘Terkeluar’ Carta, Ahli Parlimen PKR Gesa Malaysia Henti Beri Tekanan Pada Al Jazeera

July 8th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Berikutan isu media antarabangsa Al Jazeera yang kini hangat menjadi bualan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menerusi posting terbaru di laman Facebook peribadi miliknya meluahkan rasa kesal apabila Malaysia dilihat memberi tekanan kepada pihak media tersebut.

Kerajaan hari ini bukan anti kebebasan bersuara

KENYATAAN MEDIA

Saya kesal dengan tindakan memberi tekanan kepada warga media, termasuk yang terkini melibatkan Aljazeera. Media perlu memainkan peranan melapor dengan bebas. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud media bebas menerbitkan berita palsu atau tidak sahih. Semak imbang ini memerlukan bukan sahaja Kerajaan yang faham fungsi media dalam memantau perjalanan pentadbiran, media yang beretika, tetapi juga rakyat yang mampu menilai maklumat yang disampaikan Kerajaan dan media.

Saya gesa YB Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk bertindak segera meyakinkan para wartawan, editor dan warga media bahawa Kerajaan hari ini tidak anti media atau anti kebebasan bersuara, selain memberi komitmen tindakan-tindakan tekanan terhadap media akan dihentikan segera.

Menurutnya, beliau kesal apabila Malaysia dilihat seakan memberikan tekanan kepada Al Jazeera, sebuah media antarabangsa terkenal yang sering melaporkan berita dunia. Perkara ini dikhuatiri akan memperlihatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak menyokong kebebasan bersuara.

Menjejas persepsi umum termasuk komuniti antarabangsa

Saya juga gesa Kerajaan agar meneruskan usaha mewujudkan Majlis Media agar isu-isu berkaitan media dapat dibincang dan diusahakan secara sistematik, tanpa menjejas persepsi umum termasuk komuniti antarabangsa, dan tanpa menyebabkan media menjadi ‘pak turut’ Kerajaan. YB Menteri perlu segera bertemu dengan Jawatankuasa Sementara Majlis Media sebagai tanda komitmen beliau sendiri terhadap kebebasan media.

Kegagalan atau keengganan bertemu Jawatankuada tersebut bermaksud beliau dan Kerajaan tidak lagi komited kepada prinsip kebebasan media. April lalu Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-101 dalam indeks Kebebasan Media 2020. Malangnya, tindakan-tindakan yang diambil terhadap media di bawah PN jelas akan menjejaskan kedudukan negara dalam carta Reporters sans frontières / Reporters Without Borders / RSF tersebut. Media yang bebas adalah tiang seri demokrasi. Bila media dikongkong, minda rakyat bakal terkurung.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan agar mewujudkan Majlis Media untuk membincangkan isu ini secara sistematik tanpa menjejaskan persepsi umum antarabangsa. Beliau turut melahirkan rasa bimbang jika perkara ini boleh menjejaskan kedudukan negara.

Sumber : Fahmi Fadzil

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×