Menurut Statistik terkini, National Health and Morbidity Survey (NHMS) menunjukkan hampir 1 daripada 5 kanak-kanak di negara kita mengalami masalah tumbesaran terbantut tanpa mengira bangsa, lokasi (kawasan bandar/luar bandar) dan status sosial. ‘1′
Maka, tak hairanlah jika ramai para ibu bapa diluar sana mungkin bimbang akan tumbesaran tubuh anak-anak mereka. So, apa kata kita kenali dengan lebih dekat lagi apa itu masalah kebantutan, ciri-ciri dan kesannya terhadap anak kita serta apakah langkah pencegahan awal yang boleh kita ambil untuk mengatasi masalah ini?
Apakah tumbesaran terbantut & ciri-cirinya?
Untuk pengetahuan semua, masalah bantut adalah masalah tumbesaran tubuh yang dialami oleh seorang kanak-kanak kerana tidak mendapat zat dan nutrisi yang mencukupi untuk jangka masa yang lama. Tanpa intervensi nutrisi yang lengkap dan seimbang di peringkat awal, kanak-kanak ini bukan sahaja bakal mempunyai saiz tubuh badan yang lebih kecil, tetapi mengalami kesan jangka panjang dari segi kesihatan, prestasi sekolah dan keupayaan bekerja pada masa hadapan.
Justeru itu, ibu bapa perlu tahu kepentingan untuk memantau tumbesaran anak-anak dan memberikan nutrisi yang lengkap dan seimbang untuk menyokong pertumbuhan optimal.
Sukar dikesan & perlukan perhatian!
Selain itu, menurut pakar, masalah tumbesaran terbantut sukar dikesan pada peringkat awal terutamanya jika kita hanya melihat menggunakan mata kasar. Penting untuk kita sentiasa mengukur ketinggian anak kita setiap 6 bulan hingga setahun dan belajar menggunakan carta tumbesaran (growth chart).
Lagipun, sekarang kita dah boleh lakukan pemeriksaan tumbesaran anak-anak kita melalui PediaSure GrowthCam dimana korang boleh pantau pertumbuhan tubuh anak-anak korang secara langsung. Menarik kan? Korang klik je link dibawah untuk akses PediaSure GrowthCam.
Nutrisi yang seimbang bantu cegah masalah kebantutan.
Tahukah anda pada 5 tahun pertama, penting untuk korang membekalkan nutrisi yang seimbang kepada anak-anak korang. Hal ini demikian kerana, hampir 60% ketinggian fasa akhir kanak-kanak adalah pada usia ini dimana nutrisi yang seimbang memainkan peranan sebanyak 80%, manakala 20% selebihnya pula dipengaruhi oleh faktor genetik.‘2,3′
Oleh itu, penting untuk kita memberikan anak-anak kita makanan yang lengkap nutrisi bagi mencegah masalah tumbesaran terbantut bagi memenuhi perkembangan tubuh mereka.
Ibu bapa juga boleh rujuk garis panduan suku suku separuh untuk memberi anak nutrisi yang seimbang yang mempunyai ½ piring mengandungi buah dan sayur sayuran, ¼ mengandungi protein seperti ayam dan ¼ mengandungi karbohidrat seperti nasi ataupun roti.
Selain itu, galakkan anak korang minum susu kerana susu mengandungi kalsium dan Vitamin D yang tinggi untuk membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan panjang.
PediaSure susu pilihan ibu dan #1disyorkan oleh pakar
Jika ada korang sebagai ibu bapa risau tentang nutrisi dan tumbesaran anak, korang boleh cuba berikan PediaSure. PediaSure telah dirumus khas dengan Arginina dan Vitamin K2 semula jadi untuk pertumbuhan tulang dan tumbesaran 50% lebih cepat‘*‘
Justeru itu, ianya boleh mengelakkan masalah kebantutan jika nutrisi yang lengkap dan seimbang diberikan terutumanya dalam lima tahun pertama. Lagipun, PediaSure dalam perisa asli baharu juga bebas daripada sukrosa.
Jom sertai Peraduan ”Stand Taller With PediaSure”
Apa-apa pun jangan lupa sertai peraduan ‘Stand Taller With PediaSure’ dimana melalui peraduan ini, korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM9,000 seperti iPad dan 1 tahun produk PediaSure percuma!
Korang hanya perlu kongsikan sekeping gambar anak korang dan doodle cita-cita impian mereka. Kemudian, share gambar itu di Instagram/Facebook korang. Jangan lupa set profil ke public.
Nak tahu lebih lanjut mengenai peraduan ini, korang boleh terus layari www.standtallerwithpediasure.
Jom bantu anak korang#StandTallerwithPediaSure.
Berminat untuk dapatkan susu PediaSure? Boleh klik link pembelian dibawah
Shopee: Pediasure Official Store
Lazada: Pediasure
Senarai rujukan:
- National Health and Morbidity Survey 2019: Factsheet. Available from https://mpaeds.my/wp-content/uploads/2020/05/5.-Fact-Sheet-NHMS-2019-English.pdf.
- WHO Growth Standard, 2007
- Jelenkovic, A. et al. Genetic and environmental influences on height from infancy to early adulthood: An individual-based pooled analysis of 45 twin cohorts. Sci. Rep. 6, 28496; doi: 10. 1038/srep28496 (2016)
- Ministry of Health Malaysia http://www.myhealth.gov.my/en/category/nutrition/
- *Alarcon PA, et al. Effect of oral supplementation on catch-up growth in picky eaters. Clin Pediatr (Philia). 2003;42(3):2019-17. 50% berdasarkan nilai yang dikira.