berita

‘Bimbinglah Dia Dalam Setiap Nafas & Langkah Yang Diambil’ – Suami Titip Doa Buat Mira Filzah Sempena ‘Birthday’

April 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta yang ke-28, suami kepada pelakon, Mira Filzah iaitu Wan Emir Astar berkongsi ucapan ‘sweet’ buat isterinya di Instagram.

My beloved wife

Ya Rabb, sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta ini, berkatilah dan rahmatilah Nur Amirah Filzah hambamu yang sentiasa baik hati dan bersyukur ini. Limpahkanlah dia dengan rahmatMu, peliharalah dia dan bimbinglah dia dalam setiap nafas dan setiap langkah yang diambilnya tidak kira hari ini mahupun esok. Amin.

Menerusi Instagram Story, Emir kelihatan membawa isterinya itu ke sebuah hotel terkemuka untuk menikmati makan malam bersama. Di samping itu, mereka berdua turut merakam beberapa foto dan momen bahagia di hotel tersebut. Di samping itu, Emir turut mendoakan supaya isterinya itu sentiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu.

Comel pasangan ni

Ala comel pasangan ni. Happy birthday Mira Filzah.

Semoga hubungan korang berdua kekal hingga ke jannah.

Cantiknya Mira! Selamat hari lahir.

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen mendoakan hubungan Mira dan suami kekal hingga ke jannah. Tambah netizen, Emir dan Mira merupakan pasangan suami isteri yang ‘cute’ dan sentiasa ceria melayan para peminat mereka.

Sumber: Wan Emir Astar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×