Sebelum ini industri K-pop dikejutkan dengan kematian bekas ahli kumpulan Kara, Goo Hara yang disahkan meninggal dunia di rumahnya di Cheongdam, Gangnam. Terbaru, industri K-pop sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian pelakon baru iaitu Cha Inha.
Menurut laporan Koreaboo, kenyataan rasmi mengenai kematian pelakon tersebut telah dikeluarkan oleh agensi naungan pelakon itu sendiri iaitu Fantagio.
Ahli kumpulan Surprise U
Cha Inha yang berusia 27 tahun itu merupakan salah seorang ahli dalam kumpulan pelakon yang dipanggil Surprise U. Pelakon tersebut mula membuat kemunculan pertama menerusi filem “You, Deep Inside Of Me” pada tahun 2017. Dia juga telah berlakon sebagai watak sampingan dalam pelbagai drama seperti “Temperature Love”, “Wok Of Love”, “Clean With Passion For Now” dan “The Banker”. Terbaru, dia sedang menjayakan drama terbarunya iaitu “Love With Flaws” sebagai watak abang kepada watak lakonan Oh Yeonseo.
Everybody watch out
https://www.instagram.com/p/B5kPGMNBhME/
Menurut laporan eksklusif dari Enews24, pihak polis sedang menyiasat mengenai punca kematian pelakon itu. Manakala, butir-butiran mengenai lokasi dan sebab kematian masih belum disahkan. Menerusi Instagram Cha Inha, dia memuat naik satu foto dirinya sambil meninggalkan posting terakhir iaitu ‘everybody watch out’. Berita kematian Cha Inha mendapat perhatian para peminatnya dan netizen. Mereka turut membanjiri ruangan komen pelakon tersebut sambil meluahkan perasaan sedih selepas mendapat tahu berita kematian idola mereka.
Sumber: Koreaboo