berita

Bintang Terkenal TikTok Dijumpai Mati Dengan 14 Das Tembakan, Bila Disiasat Rupa-Rupanya

February 2nd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa sangka di sebalik populariti seorang influncer TikTok dikenali sebagai  Eliane Ferreira Siolin, apabila dia ditembak oleh suaminya sendiri. Susulan daripada tembakan itu, dia maut di tempat kejadian. Namun, apa yang lebih mengerikan apabila kejadian tersebut disaksikan oleh anaknya yang baru sahaja berusia enam tahun.

Difahamkan, suaminya bertindak sedemikian berikutan satu postnya di laman sosial miliknya. 

Ditembak sebanyak 14 kali

Foto: She The People

Menerusi laporan yang dipetik daripada The New York Post, mangsa yang berusia 35 tahun telah ditembak sebanyak 14 kali oleh suaminya yang dikenali sebagai  Alejandro Antonio Aguilera Cantallupi, 41. Kejadian tersebut berlaku pada Ahad yang lepas di Ponta Pora, Nova Itamarati, semasa majlis makan-makan bersama ahli keluarga yang lain berlangsung.

Mayatnya dijumpai di belakang rumah di tempat majlis itu berlangsung. Menurut pihak polis, hasil pemeriksaan mendapati badan mangsa mempunyai 14 das peluru dan lengan kanannya telah patah. Malahan, pihak polis turut merampas sepucuk pistol dan beberapa butir peluru yang dijumpa berhampiran dengan mayat.

Tidak berakhir di situ, ada juga dakwaan yang menyatakan pasangan ini sempat bergaduh berikutan satu video TikTok yang dimuat naik oleh mangsa, namun perkara tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Banyak kali bergaduh

Foto: She The People

Kawan baik pasangan ini cakap, mereka kerap bergaduh walaupun berada di tempat awam.

Susulan daripada itu, anak kepada pasangan ini telah diserahkan kepada ahli keluarganya yang lain bagi menjamin keselamatannya. Terdahulu, mangsa mempunyai pengikut seramai 58k di laman TikTok dan aktif berkongsi mengenai gaya hidupnya.

Sumber: She The People & The New York Post

SKIP THIS AD ×