Di TikTok, seorang individu didakwa berbohong semata-mata mahu memberikan review buruk terhadap perniagaan Sate Bhalut milik penyanyi, Mark Adam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sate Bhalut Didakwa Terlalu Mahal, Mark Adam Tampil Perjelas Kos Perbelanjaan – ‘Kami Guna Daging Premium Dari Kilang Sudah Established’
Rasa menyesal?
Di Instagram, Mark Adam memuat naik tangkap layar komen individual tersebut. Individu berkenaan mendakwa dia pelanggan Mark. Menurut individu tersebut, dia tidak berpuas hati dengan kualiti sate yang dimakan dan dijual oleh Mark.
Dah beli tadi, Alhamdulillah dengan harga RM25 ini okaylah dengan rasa yang aku dapat, rasa menyesal.
Berikutan daripada itu, Mark tampil mempertahankan diri dan meluahkan rasa kecewa dengan perangai individu tersebut. Ujar Mark, sudah dua hari perniagaannya tidak beroperasi dan kali terakhir mereka berniaga di Havoc Food Fest pada 5 Januari lalu.
Sebagai manusia biasa, Mark berkata, dia cuba bersangka baik dengan niat pelanggan tersebut meskipun ianya berbaur fitnah. Jelas Mark lagi, dia mahu memberikan sate secara percuma kepada individu tersebut sekiranya mereka berjumpa.
Sumber: Mark Adam