berita

Bisul & Lidah Berkulat, Wanita Terkedu Dijangkiti HIV..Rupanya Arwah Suami Pernah ‘Makan Luar’ Masa Hidup

August 10th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

suami hiv

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah perumpamaan yang sesuai menggambarkan situasi yang dilalui wanita dari Indonesia ini apabila dirinya disahkan positif HIV berjangkit daripada Allahyarham suaminya.

Suami ‘makan luar’ sampai hidap HIV

suami hiv

Bercerita kembali kisah yang pernah dilaluinya, wanita yang dikenali sebagai Yurike Ferdinandus memaklumkan bahawa dia tidak tahu bahawa suaminya itu pernah melakukan hubungan terlarang dengan wanita lain di belakangnya sekitar tahun 2004. Lebih mengejutkan apabila lelaki itu disahkan menghidap HIV dipercayai berpunca daripada hubungan tersebut.

Tambah Yurike, dia hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh doktor yang merawat Allahyarham suaminya. Menurut doktor terbabit, Allahyarham telah meminta agar aib tersebut ditutup rapi sepanjang dia hidup. Difahamkan, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 2008.

Selepas daripada pemergian Allahyarham, Yurike diminta untuk membuat pemeriksaan kerana bimbang dirinya juga dijangkiti virus tersebut. Hasil pemeriksaan mengesahkan Yurike positif HIV akibat bawaan suaminya. Yurike akui apa yang lebih membimbangkan apabila anaknya yang masih kecil juga perlu didiagnosis.

Tidak diterima keluarga, dipandang hina

suami hiv

Dalam masa sama, tubuh Yurike mula ditumbuhi gatal-gatal, bisul di kepala, hilang deria rasa, lidah mula berkulat dan badannya susut melampau. Selama 4 bulan, dia tidak dapatkan pemeriksaan di klinik selain hanya merawat diri sendiri.

Lebih menyedihkan apabila ada segelintir daripada ahli keluarga Yurike yang tidak menerima dirinya dan menganggap wanita ini pembawa virus yang akan menjangkiti mereka. Selepas mendapatkan nasihat daripada doktor, Yurike akhirnya bersetuju untuk meneruskan rawatan dan mengambil ubat seperti yang disarankan.

Menerusi temubual tersebut, Yurike memberitahu bahawa penghidap HIV juga adalah manusia biasa yang menginginkan kehidupan yang normal dan kini dia dapat membuktikan bahawa golongan ini juga mampu bertahan dan menjalani kehidupan yang berkualiti.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×