berita

Black Kecewa Gagal Raih Vokal Terbaik?

January 29th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

AJL Ke 28-20

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, bahang Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28) masih lagi terasa. Ada sesetengah peminat kecewa apabila lagu kegemaran mereka gagal merangkul sebarang kemenangan dan tidak kurang juga yang mempertikaikan ketelusan juri.

Penyanyi lagu ‘Takkan Terpisah’, Black Hanifah merupakan salah seorang calon kegemaran peminat untuk meraih anugerah vokal terbaik. Namun, usahanya gagal apabila Jaclyn Victor telah berjaya mencuri hati juri dengan kekuatan vokal yang tidak kurang hebatnya.

Walaubagaimanapun, kini terdapat desas-desus mengatakan bahawa Black Hanifah juga terlalu kecewa apabila namanya tidak diumumkan untuk menyandang gelaran vokal terbaik di malam itu.

AJL Ke 28-28

Persembahan Black di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

Menerusi laporan Harian Metro, Black Hanifah menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa dirinya bersikap rasional terhadap apa sahaja keputusan yang ditentukan oleh pihak juri.

“Kalau nak kata saya terkejut atau berubah air muka, bukan saya saja, tapi peserta lain juga. Cuma kebetulan tumpuan diberikan kepada saya sebab saya dah cakap awal-awal nak menang.

Memang saya sasarkan menang tapi saya juga bersedia dengan kemungkinan. Saya sudah melakukan sehabis baik sebab bukan senang untuk keluar (menyanyi) seorang tanpa bantuan peralatan atau gimik.”

Penyanyi yang berusia 27 tahun itu turut menambah bahawa niatnya hanya mahu memberi persaingan hebat di samping menyahut cabaran untuk menunjukkan kekuatan vokalnya. Bagi Black Hanifah, kalah dan menang merupakan adat dalam sesebuah pertandingan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×