Tatkala rumah tangga didakwa sedang bergolak, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh dilihat sempat memuat naik video bersama kucing kesayangannya, Blacky.
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Didakwa Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar, Minta Diceraikan? – ‘Pujuk Dia Lepaskan Saya’
Artikel Berkaitan: Shuk Sahar Didakwa Jaja Cerita Buruk Isteri, Rakan Tampil ‘Backup’ – ‘Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu’
Blacky sentiasa bersama
Menurut Fara, Blacky sentiasa ada bersamanya di saat susah mahupun senang. Tambah Fara, dia sudah memelihara Blacky sejak enam tahun lalu.
Kami bergerak dari satu tempat ke satu tempat hanya untuk terus hidup. Maaf blacky, kadang-kadang saya mengheret awak kepada masalah saya. Tinggalkan awak untuk beberapa hari dan mengabaikan awak. I Love You Blacky.
Terdahulu, Fara memberitahu bahawa salah satu penyesalan dalam hidupnya apabila membuat keputusan untuk berkahwin.
Fara turut mendakwa suaminya itu seorang yang baran selain lebih mempercayai kawan berbanding isteri sendiri.
Dia lebih percaya kawan dia, lindungi kawan dia. Dah banyak kali ajak kaunseling, dia tak nak. Dia baran sangat-sanagat tapi kalau orang lain dia tak macam ni.
Di akhir perkongsian, Fara berharap dirinya diceraikan apabila Shuk menyedari kenyataan yang dikeluarkan.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Fara Salleh