berita

Blogger Ini Hantar Email Minta Penginapan Percuma, Lihat Respon ‘Win’ Dari Pihak Hotel.. Savage!

January 22nd, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi paparan skrin kiriman e-mail yang telah dihantar oleh seorang blogger atau lebih popular dengan panggilan ‘social media influencer’. Tujuannya adalah untuk bekerjasama dengan pihak hotel supaya dia dapat penginapan secara percuma.

Di dalam kiriman e-mail itu, individu tersebut memperkenalkan dirinya serta sertakan berapa ramai pengikutnya di sosial media. Dia juga menyatakan hasrat untuk bercuti ke Dublin, Germany sempena Valentines Day. Lihat jawapan dari pihak hotel itu.

Bekerja sebagai social media influencer, blogger

Post di Twitter ini telah mendapat perkongsian lebih 3k Retweet dimana orang ramai tidak bersetuju dengan cara blogger ini menghantar e-mail.

Tujuannya adalah untuk meminta pihak hotel untuk berkolaborasi dengannya. Maksudnya, blogger ini akan buat video atau tulis artikel mengenai hotel tersebut dan pada masa sama pihak hotel akan beri penginapan percuma untuknya. Menurutnya lagi, sebelum ini dia pernah bekerjasama dengan Universal Orlando di Florida.

Ini jawapan diterima dari pihak hotel

Kebiasaannya, sesetengah hotel akan bersetuju untuk bekerjasama dengan blogger, supaya tempat penginapan mereka dapat dipromosikan pada orang ramai. Tetapi lain pula bagi seorang wakil dari pihak hotel bernama Paul Stenson. Menurut Stenson, betapa beraninya blogger itu meminta penginapan percuma.

Tambah Stenson lagi blogger itu tidak mempunyai sifat respek dan mauah. Jika mereka berbuat begitu, siapa yang hendak membayarbil elektrik, servis layanan pelanggan seperti mengemas bilik tidur, sarapan pagi dan sebagainya.

Stenson juga berkata bahawa sosial media hotel mereka punyai nombor pengikut yang kuat seperti Facebook (186k), Instagram (32k) dan Twitter (12k). Stenson berkata dia tidak akan sekali-kali untuk minta sesuatu benda secara percuma dan menasihatkan supaya blogger itu membayar seperti pelanggan yang lain.

Sumber: Twitter

Save

Save

Save

Save

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×