berita

‘Blue Lagoon’ Tarikan Terbaru di Kedah, Dah Pergi Belum?

February 6th, 2018 | by Amat
Travelogue

Sejak kebelakangan ini beberapa tempat yang menarik dan ‘rare’ sering menjadi tarikan photographer untuk melakukan sesi penggambaran tak kira lah untuk perkahwinan, majlis graduasi dan banyak lagi. Baru-baru ini Blue Lagoon yang terletak di Kedah menjadi bualan netizen.

Di Malaysia pun dah ada Blue Lagoon tau, tasik air biru yang terletak di kawasan bendang Gunung Keriang, Kedah (Berhampiran Muzium Padi). Siap boleh buat kelas diving lagi pada waktu petang. Pemandangan suasana petang pun cantik, kelihatan Gunung Keriang dan sawah padi yang menghijau. Lepas ini pasti akan ramai pasangan pengantin nak mengabadikan gambar wedding di tempat yang ‘rare’ macam ini.

Tanah korek

Blue Lagoon ini dikatakan kawasan sebuah projek tabatan banjir yang merupakan salah satu projek kerajaan persekutuan. Dipercayai ini adalah tanah korek untuk dijadikan sungai buatan bagi mengelakkan banjir berlaku setiap tahun.

Airnya memang nampak biru, cantik dan tenang dengan udara nyaman bendang kampung tu. Tapi hati-hati air biru setenang ini takut ada haiwan berbisa.

Kalau dah viral macam ni, tunggu apa lagi? Penduduk kampung kawasan tu pun pakat mai ramai-ramai posing tangkap gambar lah. Di tepi tebing tasik korek ini juga terdapat peniaga kecil yang mengambil kesempatan menyediakan khidmat sewa life jacket buat pengunjung yang datang dan teringin nak berenang. Tapi hati-hati tau sebab di sini tak ada life guard ye.

Kedalaman sehingga 2 meter sahaja

Siap ada diver lagi menyelam untuk test kedalaman tasik air biru ini. Dikatakan kedalaman tasik Blue Lagoon ini sedalam 1.8 m hingga 2.2 meter sahaja. Dan terdapat selut di dasar bawah kira-kira sekaki tebalnya.

Kalau korang nak bergambar kat tasik air biru bendang ini, admin share kan map untuk ke lokasi Blue Lagoon, Gunung Keriang.

Lokasi ke ‘Blue Lagoon’

Nak ke Blue Lagoon ini senang je. Terletak berhampiran kawasan bendang belakang Taman Aman, Alor Setar. Kawasan sawah padi yang berhampiran Gunung Keriang dan Restoran Mee Sham. Untuk anda yang inginkan gambar di Instagram cantik-cantik, memang ini adalah tempat yang ‘rare’ dan wajib anda pergi !

Kalau korang pergi, tangkap gambar cantik-cantik nanti share lah dengan admin ye.

Sumber : Facebook Baie Scuba II

SKIP THIS AD ×