berita

Mayat Lelaki Ditemui Terduduk Dengan Muka Di Dalam Mangkuk Tandas

June 20th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terduduk dan muka di dalam mangkuk tandas serta terdapat kesan kelar di bahagian tangan.

Artikel Berkaitan: Tiba-Tiba Menyepi, Mayat Influencer Ditemui Dalam Kolam & Mangsa Mungkin Dibunuh

Artikel Berkaitan: Remaja Mati Dicekik Bekas Kekasih, Mayat Disetubuhi Sebelum Disumbat Dalam Plastik & Dibuang Bawah Jambatan

Isteri cuba menghubungi

Memetik laporan Harian Metro, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata pada pukul 1.10 petang pihaknya menerima panggilan daripada hospital berhubung penemuan mayat di Taman Kelisa Ria Sungai Petani, Kedah.

Ketika kejadian, isteri mangsa dalam keadaan curiga kerana tidak dapat menghubungi mangsa sejak 11 pagi hangga 12.30 tengah hari Isnin, telah meminta jiran untuk melihat keadaan suaminya di rumah.

Wanita berkenaan ke rumah mangsa dan melihat pintu tidak berkunci masuk, sebelum mendapati lantai ruang tamu dipenuhi darah menyebabkannya terus menghubungi ambulans.

Bagaimanapun, mangsa berusia 58 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan dan memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.

Dalam pada itu, polis juga menemui pisau pemotong kertas dan mendapati terdapat kesan kelar pada tangan mangsa.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat pisau pemotong kertas di ruang tamu rumah berkenaan.

Mayat mangsa pula ditemukan dengan berpakaian lengkap serta terdapat kesan kelar di tangan kirinya.

Sementara itu, hasil siasatan lanjut mendapati mangsa tinggal bersama isterinya di rumah tersebut dan mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 32 tahun.

Namun difahamkan anak mereka tidak pernah berhubung atau pulang ke rumah sejak tahun 2016 selepas dia keluar dari rumah itu.

Pihak polis kemudian mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×