berita

Syada Amzah Rindu Nak Berkumpul Dengan Adik- Beradik – ‘Mustahil Tak Sayang Darah Daging Sendiri’

February 13th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Sebelum ini, ibu kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman telah memuat naik beberapa foto anak-anaknya ketika usia kecil.

Terbaharu, penyanyi jelita, Syada Amzah memuat naik semula ‘repost’ gambar adik-beradiknya ketika kecil dan meluahkan rasa rindu terhadap mereka.

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Kongsi Foto Anak-Anak Ketika Kecil, Beri Bayangan Sedang Rindu? – ‘Sampai Menutup Mata’

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Kongsi Foto Anak & Cucu, Netizen Doa Keluarga Kembali Bersatu – ‘Air Dicincang Tidak Akan Putus’

‘Sayang semua’

Menerusi hantaran di Instagram Story,  Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah memberitahu dia amat menyayangi kesemua adik beradik yang merupakan darah dagingnya..

Menurut Syada, dia amat merindui untuk berkumpul satu keluarga seperti dulu walaupun agak mustahil untuk berlaku.

Mustahil tak sayang darah daging sendiri, rindu seluruh keluarga saya, bukan hanya secara individu.

Rindu berkumpul semua lengkap walaupun mustahil, sayang semua.

Terdahulu, kemelut membabitkan keluarga Shila telah menghebohkan industri apabila penyanyi itu dikatakan bermasam muka dengan dua orang adiknya iaitu Syafiq dan Syada.

Antara isu yang bangkit apabila Syahir mendakwa Shila telah menghalau keluarganya keluar daripada rumah banglo yang didiami mereka yang terletak di Hulu Langat, Selangor.

Bagaimanapun Shila menafikan dakwaan tersebut, sebaliknya mengatakan dia mahu mencarikan rumah yang baharu buat keluarganya susulan banglo tersebut terlalu besar untuk didiami selain kos penyelenggaraan yang tinggi.

Selain itu, kisah perceraian antara bapa Shila iaitu Datuk Nd Lala dan ibunya, Fauziah Sarman turut mengejutkan orang ramai.

Difahamkan, ND Lala melafazkan cerai pada 2 Ogos 2023 di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenai hal itu kepada Fauziah di aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos 2023.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×