berita

‘Body Shaming’ Atlet Malaysia, Mak Cik Indonesia Jerit ‘Jelek Gendut’ Depan Aaron Chia Teruk Dikecam

February 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Kosmo

Selepas hampir seminggu berlangsungnya Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Setia City Convention and Centre (SACC), Shah Alam akhirnya pasukan badminton lelaki Malaysia berjaya menewaskan juara bertahan Indonesia pada perlawanan akhir semalam.

Wanita ‘body shaming’ atlet negara

Walau bagaimanapun, sebelum kejayaan pasukan negara merangkul gelaran juara BATC 2022, kecoh di beberapa platform media sosial mengenai satu rakaman video di mana ramai penyokong memberi semangat buat para peserta.

Namun lain pula yang jadinya apabila salah seorang pemain beregu negara iaitu Aaron Chia dipercayai telah menerima penghinaan ‘body shaming’ dari seorang wanita. Menerusi video pendek, kedengaran dengan jelas suara seorang wanita tersebut memanggil Aaron dengan panggilan ‘Eiii, jelek gendut’ saat atlet berusia 25 tahun itu melangkah masuk ke lokasi kejohanan.

Wanita dikecam netizen

Perkongsian video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa geram selain menyifatkan perbuatan tersebut sangat tidak profesional dan kurang sopan.

Tindakan tidak bermoral wanita terbabit bukan sahaja dikecam oleh rakyat Malaysia malah penyokong dari Indonesia turut meluahkan rasa kecewa dengan perkara tersebut. Menurut mereka, setiap penyokong perlulah mempunyai semangat kesukanan dengan bersaing secara sihat dan bukannya dengan melemparkan kata-kata kesat kepada pihak lawan.

Video

Respon netizen

Sumber: Twitter Hweng19

SKIP THIS AD ×