berita

Boleh Beli 1 Dapat 2? Ini Yang Lazada Tawarkan Sempena Promosi 12.12 Tahun 2020!

December 9th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Ramai orang suka shopping pada hujung tahun sebab banyak promosi menarik akan dibuat. Sekarang ni lagi digalakkan untuk shopping secara online je kan? Kalau macam tu, baik korang shopping kat Lazada sekarang sebab mereka ada tawaran menarik hujung tahun ni!

Sempena tahun baru, Lazada akan mensubsidi pembelian pelanggannya pada 12 Disember 2020 dengan memberi jaminan harga terendah* yang terbesar dalam industri. Lazada juga berhasrat untuk membantu komuniti tempatan dengan pelbagai inisiatif CSR menerusi platform bantuan digitalnya semasa Jualan Akhir Tahun Terhebat Lazada 12.12. Apakah yang korang akan dapat nanti?

Pembelian berganda dengan promosi ‘Beli 1, Dapat 2’ 12.12 Bersubsidi oleh Lazada!

Sebagai pengguna setia Lazada, korang boleh menikmati tawaran bersubsidi Beli 1, Dapat 2 semasa Jualan Akhir Tahun Terhebat Lazada 12.12. Ratusan produk di Lazada akan ditawarkan diskaun sehingga 90% tau.

Mulai 5 Disember, korang boleh kunjungi laman ‘12.12 Bersubsidi oleh Lazada* dan Flash Sales di laman sesawang Lazada. Banyak tawaran hebat daripada jenama-jenama seperti L’Oreal, Xiaomi, Tealive, Clinique, Vinnfier dan lain-lain.

Ini antara tawaran menarik yang menanti korang. Semuanya berbaloi untuk direbut.

  • KECANTIKAN: Korang boleh beli L’Oréal Paris Extraordinary Oil dan dapatkan item kedua sebagai sebahagian daripada pembelian berkenaan. Korang jugak akan terima isian semula percuma kalau beli satu unit Shiseido Ultimune Power Infusing Concentrate Duo. Selain tu, jangan lupa beli satu unit Garnier Micellar Bi-Phase dan dapatkan satu lagi botol secara percuma okay!
  • TEKNOLOGI: Jangan lepaskan peluang untuk membeli satu Xiaomi Mi Band 5 dan dapatkan satu lagi Mi Band 5 secara percuma serta hadiah ekstra. Lepas tu, korang boleh dapat dua Olike Weloop Neo dengan harga untuk satu tau. Korang jugak mungkin mahu merakamkan detik terindah bersama yang tersayang dengan pek berkembar Fujifilm Instax Mini Film!
  • MAKANAN: Penggemar kopi boleh dapatkan baucar Tealive Signature Coffee Latte Americano daripada Lazada dan terima satu lagi baucar serupa untuk digunakan apabila menikmati kopi bersama member korang pada hari lain. Jangan terlepas pulak untuk beli Walls Tealive Bubble Milk Tea dan dapatkan sekotak lagi secara percuma eh!

Lebih WOW dengan jaminan harga terendah/pulangan wang 12x ganda di Lazada!

Korang sempat merasa tawaran jaminan pulangan wang 11x ganda semasa jualan 11.11 di Lazada tak? Kalau tak sempat, jangan risau la. Tawaran ni akan diteruskan lagi semasa 12.12 dengan lebih wow sebab peningkatan jaminan pulangan wang 12x ganda*. Seronok la korang eh.

Dengan lebih 3 juta produk kempen 12.12 daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan serta diskaun sehingga 90%, korang ada banyak pilihan dengan harga yang tiada tandingan di Lazada pada bulan Disember ini. Tawaran terbaik dengan jaminan harga terendah sempena musim cuti tahun baru ni!

Tengok la, ini antara tawaran hebat yang menanti korang semasa Jualan Akhir Tahun Terhebat 12.12 Lazada. Jangan lupa usha di Lazada nanti okay?

  • LazMall akan menampilkan diskaun daripada rakan jenama dan produk seperti Apple iPhone XR 128GB, Edifier X3 True Wireless Earbud, Dyson SupersonicTM Hair Dryer, Philips Air Fryer, Laneige Sleeping Water Mask dan banyak lagi di Lazada.

  • LazadaBig Brands Surprise menawarkan baucar potongan 50% untuk korang apabila berbelanja di Lazada mulai 12 tengah hari hingga 2 petang pada 12 Disember. Korang boleh kutip baucar bermula 5 Disember dengan diskaun 50% tanpa had perbelanjaan minimum.
  • Korang boleh ‘Chup Dulu’ mulai 1 hingga 11 Disember di Lazada untuk membeli barangan seperti OPPO Reno X Zoom, illy Y3.2 iperEspresso Coffee Machine, Pandora Blossom Gift Set, dan lain-lain. Jangan tunggu lagi. Cari barang favourite korang dan booking sekarang!

  • Lazada Mesti Beli menyediakan panduan shopping tentang tawaran hebat harga terendah yang wajib korang beli di Lazada. Dapatkan diskaun sehingga 90% ke atas produk seperti Samsung Galaxy Note 10 Plus, realme Buds Wireless Pro, SOKANO OC006 Computer Office Chair, Hada Labo Kouji Cream Mask dan banyak lagi.

  • Korang boleh berjimat musim cuti ni dengan tawaran Jimat Borong pada barangan seperti Olay Power Bundle Regenerist Micro Sculpting Day Cream dan White Radiance Light Perfecting Essence, Bare for Bare Probiotics Mask,Aveeno Baby Daily Moisture Lotion, Colgate Sensitive Pro Relief Repair and Prevent Toothpaste, MILO Activ-Go dan Norwegian Frozen Salmon Steak Cut Bundle. Jangan lupa borong di Lazada!

  • Nikmati hidangan menyelerakan di musim perayaan dengan Lazat di Lazada. Ada tawaran Beli 1, Dapat 2 daripada Marrybrown dan Xing Fu Tang, Burger King Deals di bawah RM12, dan tawaran eksklusif pencuci mulut daripada Baskin Robbins, Secret Recipe dan Tealive. Korang jugak boleh dapatkan tawaran eksklusif Coca-Cola daripada Burger King, Salad Atelier, Marrybrown, O’Briens dan Gindaco.

  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM12 di Lazada.

Jom bantu golongan yang memerlukan dengan LazadaForGood

Di samping shopping untuk insan tersayang, Lazada turut menggalakkan korang untuk bersama-sama kongsi kemeriahan musim cuti tahun baru ni dengan barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus menentang COVID-19. Korang jugak boleh bantu golongan kurang berkemampuan yang terjejas teruk akibat penularan pandemik yang berterusan.

Untuk tujuan itu, kumpulan dana dibuat menerusi platform bantuan digital LazadaLazadaForGood untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti UNICEF, Zoo Negara, Hospis Malaysia dan sebagainya. Korang boleh menderma mulai sekarang hingga 12 Disember 2020 dan berpeluang memenangi ganjaran kejutan bersubsidi Lazada tau.

Ada hiburan menarik di Lazada dengan lebih penjimatan semasa 12.12 ni!

Sambil-sambil shopping tu, Lazada nak hiburkan korang dengan program Shoppertainment dan game yang menarik. Kalau korang nak tahu, Ain Edruce akan kembali memotong lebih banyak harga semasa rancangan Chief Discount Officer yang distrim secara langsung pada 11 Disember 2020, jam 9 malam di aplikasi Lazada. Ia jugak ditayangkan secara serentak di TV3!

Selain tu, korang boleh menang hadiah sagu hati dan tebus lebih 120 juta baucar menarik dengan LazCoins. Korang tak boleh lepaskan peluang memenangi Ecovacs DEEBOT OZMO T8 Robot Vacuum Cleaner eksklusif untuk LazCoins. Jangan lupa sertai sekali Coins Race untuk memenangi barangan seperti HABIB Marnona Gold Pendant, PerySmith Digital Air Fryer, Nobico Air purifier, Edifier Wireless Earbud dan banyak lagi.

Nak lagi best tak? Main la ‘SharePocket‘ dan share dengan member korang untuk dapat ganjaran daripada Lazgames. Caranya senang je. Mintak dua rakan untuk download aplikasi Lazada dan korang boleh memenangi RM20 dalam bentuk rebat Lazada Wallet tau.

Bermula 8 – 11 Disember, jangan lupa tambah nilai Lazada Wallet korang sebab korang boleh terima rebat berjumlah sehingga RM55 dan berpeluang memenangi hadiah hebat berjumlah kira-kira RM650,000 daripada jenama-jenama seperti Mastercard, InterContinental Hotel Kuala Lumpur, Mhholiday dan rakan jenama yang lain.

Sertai ‘Make a Wish with Onederful Wallet’ di aplikasi Lazada dari 1 hingga 12 Disember dan memenangi hadiah hebat 12.12 seperti Oneplus 8T, Apple AirPods Pro dan juga Apple Watch SE!

Kami rasa korang mesti tak nak ketinggalan untuk join pertandingan ‘Wish for It, Vote for It Lazada. Korang berpeluang memenangi hadiah hebat bernilai RM45,000 yang terdiri daripada smartphone hinggalah alat permainan video, pek kecantikan, jam tangan, set fon kepala dan banyak lagi.

Korang pergi je ke Lazada’s Feed bermula 3 – 11 Disember 2020 untuk menyertai dengan mengundi ‘Hadiah’ pilihan korang. Lagi banyak undi yang korang terima dengan menyelesaikan misi, lagi tinggi peluang korang untuk membawa pulang salah satu hadiah tersebut. Pemenang akan diumumkan pada 12 Disember 2020.

Banyak betul promosi ada kat Lazada kali ni kan? Lebih jimat pulak tu. Kami tahu korang tak sabar nak terjah Lazada sekarang. Selamat shopping sakan di Lazada!

Nak info lebih lanjut tentang Jualan Akhir Tahun Terhebat Lazada 12.12? Klik sini.

*Semua tawaran yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada Terma & Syarat.

SKIP THIS AD ×