Belum habis terpalit dengan kontroversi inai keluarannya, selebriti dan usahawan Noor Neelofa sekali lagi menerima kritikan segelintir warganet selepas fesyen yang digayakan olehnya dianggap tidak sesuai dengan imej.
Artikel Berkaitan: Neelofa Jawab Isu Inai Tak Mesra Wuduk & Warna Macam Kuku Terkepit Pintu
‘Orang kecam sekejap sahaja’
Dalam satu ciapan, seorang pengguna Twitter melampirkan 2 foto Neelofa dengan kapsyen mempersoalkan gaya pemakaian Neelofa yang telah mengundang marah segelintir netizen.
Pengguna itu menyuarakan pandangannya terhadap fesyen isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu dan meminta Neelofa untuk membuka sahaja niqab yang dipakainya.
Makin lama makin pelik…
Boleh dah nak buka niqab itu. Orang kecam sekejap sahaja.
Bukan itu sahaja, pengguna itu turut memberi cadangan tersebut sambil dibandingkan dengan situasi pembukaan hijab pelakon Emma Maembong yang dikatakan hanya dikecam sementara.
‘Hati busuk’
Susulan itu, rata-rata pengguna Twitter yang lain menyelar semula pengguna tersebut dan menyifatkan fesyen yang digayakan oleh Neelofa itu tidak keterlaluan kerana masih menutup aurat sebagai seorang muslimah.
Sumber: Twitter