Berita baik buat semua peminat drama TV3! Primeworks Studios kini bekerjasama dengan iQIYI, sebuah perkhidmatan hiburan atas talian inovatif terkemuka di China. Menerusi perjanjian ini, enam siri drama Melayu terbaik TV3 akan disiarkan di platform penstriman berkenaan bermula 24 Julai 2020.
Jadi, lepas ini korang boleh lah layan drama kegemaran korang melalui laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI secara percuma. Yang paling penting, korang boleh layan guna phone je!
Kerjasama Media Prima dan iQIYI
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar meluahkan rasa syukur dan terharu kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan salah sebuah perkhidmatan hiburan terkenal iQIYI. Selain itu juga, beliau menyifatkan kerjasama yang terjalin ini memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui citarasa para penonton.
Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dengan iQIYI kerana ini memberi peluang untuk mendalami perubahan trend terkini di platform penstriman. Ia juga membolehkan kami untuk memahami citarasa baru di kalangan pelbagai jenis penonton.
Sementara itu, Dinesh Ratnam, Pengurus Negara untuk iQIYI Malaysia, Singapore & Brunei berkata kerjasama ini adalah selari dengan objektif mereka untuk menyediakan program terbaik, kandungan yang relevan dan berkualiti buat penonton iQIYI.
Langkah ini adalah sebuah keputusan yang tepat dan dengan suntikan kreatif daripada barisan pengurusan kanan Media Prima yang juga produser tersohor seperti Dato’ Iskandar Mizal Mahmood (Paskal The Movie, WIRA) dan Datuk Ahmad Izham Omar (Pulang, Ejen Ali The Movie), kami amat mengalu-alukan pilihan drama terbaik Media Prima ini disiarkan di platform iQIYI.
Berikut merupakan drama terbaik TV3 yang akan ditayangkan di iQIYI:
7 Hari Mencintaiku 2
Untuk makluman semua, antara drama yang berjaya menarik perhatian iQIYI adalah drama karya novelis Siti Rosmizah iaitu 7 Hari Mencintaiku 2. Kesinambungan percintaan antara Mia Adriana dan Khuzairi kini kembali hangat sehingga para penonton menjadi ‘tidak keruan’ menanti pengakhiran kisah mereka. Drama arahan oleh Jamal Khan ini menggandingkan barisan pelakon terkenal tanah air antaranya ialah Shukri Yahya dan Siti Saleha selaku teraju utama serta Wan Sharmila, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly, Bil Azali, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, dan Kazar Saisi. Jadi tunggu apa lagi, jom ramai-ramai pakat tonton drama ni di laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI secara percuma bermula pada 24 Julai 2020.
Pengantin Satu Malam
Drama ini diadaptasi daripada novel ‘Pengantin Satu Malam’ karya Sophilea. Drama terbitan A10 Alliance Sdn Bhd dan arahan Eoon Shuhaini akan ditayangkan pada 18 Ogos tahun ini. Pengantin Satu Malam menggandingkan barisan pelakon terkenal antaranya Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir. Drama yang ditunggu-tunggu ini akan bersiaran di slot Akasia setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam. Jadi, satu jam selepas ditayangkan di TV, korang boleh menonton drama ini secara ekslusif di iQIYI. Menarik kan? Walau di mana sahaja korang berada, korang masih boleh layan drama-drama menarik ni.
Leftenan Zana
Drama Leftenan Zana terbitan Js Pictures Sdn Bhd dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Janna Nick, Redza Rosli, Sheila Rusli, Tungku Hanis dan ramai lagi. Drama bertemakan ketenteraan ini mengisahkan seorang gadis iaitu Zana yang telah memasang impian untuk menjadi anggota tentera seperti bapanya. Tetapi sayangnya, cita-cita tersebut tidak direstui si bapa.
Walaupun dihalang, Zana nekad membuat permohonan secara atas talian menjadi anggota tentera (ATM) tanpa pengetahuan bapanya. Tetapi akhirnya segalanya terbongkar apabila Zana berterus terang kepada bapa dan ibunya. Adakah Zana akan berputus asa dengan impiannya itu? Jom saksikan Leftenan Zana di laman web iQIYI.
Kampung People
Korang dah pernah layan ke belum drama paling lucu ni? Pasti tak kering gusi, ada je telatah dan gelagat kelakar yang ditonjolkan oleh barisan pelakon drama Kampung People ini. Drama ini mengisahkan keluarga Razif (Rashidi Ishak) dan Mona lakonan Elly Mazlien yang hidup dalam keadaan serba mewah di bandar. Selain itu, dua orang anak Razif dan Mona juga sentiasa dimanja dan dilayan seperti putera dan puteri.
Tetapi pada suatu hari, ada satu insiden yang berlaku ke atas mereka sekeluarga sehingga membuatkan mereka terpaksa berpindah ke kampung. Dari situ lah segalanya bermula…Pelbagai kejadian lucu yang terjadi sepanjang mereka berada di kampung. Jadi, korang rasa mereka ni dapat tak sesuaikan diri dengan kehidupan di kampung? Kalau nak tahu kesudahannya, jom layan drama Kampung People di laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI.
Setelah Ku Dimiliki
Setelah Ku Dimiliki arahan Osman Ali ini menggandingkan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Intan Najuwa, Tiz Zaqyah, Lia Natalia dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan percintaan antara Sarra dan Adriz yang penuh dengan konflik. Kerana dosa silam Sarra, dia dihalau oleh ibunya dan telah pergi membawa diri ke Pulau Langkawi. D
i sana, dia dipertemukan semula dengan Adriz tetapi malangnya jejaka itu langsung tidak mengenali Sarra kerana dia telah hilang ingatan. Namun, siapa sangka mereka akhirnya selamat bergelar suami isteri tetapi dalam masa yang sama ada orang ketiga yang cuba meruntuhkan rumah tangga mereka. Adakah orang ketiga itu berjaya merobohkan hubungan perkahwinan yang terjalin antara Sarra dan Adriz?
7 Hari Mencintaiku
Drama 7 Hari Mencintaiku ini telah bersiaran pada 7 November 2016 di slot Akasia TV3. Menerusi drama 7 Hari Mencintaiku musim pertama ini menceritakan Siti Saleha yang memegang watak sebagai Mia Adriana merupakan seorang wanita yang sangat ego dan angkuh. Dia kemudian dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan Khuzairi iaitu Shukri Yahya dan menetap di kampung. Berkahwin tanpa kerelaan hati, dari situ lah Mia Adriana mula tunjukkan belang dan menguji kesabaran Khuzairi. Namun, kehadiran Mia di kampung tidak disenangi oleh ibu tiri Khuzairi iaitu Mak Leha lakonan Liza Abdullah.
Selepas bermacam-macam helah dilakukan Mia supaya Khuzairi menceraikannya, akhirnya Mia membuat keputusan untuk meninggalkan Khuzairi dan anaknya. Selama berjauhan, baru Mia sedar akan perasaannya terhadap Khuzairi. Mampukah Mia menawan semula hati suaminya dalam tempoh 7 hari? Haa jom layan drama kegemaran korang di laman web iQIYI. Kalau korang nak tahu, sari kata juga disediakan tau. Antara sari kata yang terdapat di iQIYI ialah dalam bahasa Malaysia, Singapura dan Brunei.