Sebagai pelancong, korang mesti mahukan tempat penginapan yang terbaik dan selesa sepanjang percutian kan? Yelah…ini je salah satu cara untuk korang redakan sebentar dari tekanan kerja dan sebagainya.
Kalau ikutkan banyak je hotel dan tempat menarik yang ada, tapi kali ni admin nak kongsi sikit dengan korang pasal The Haven All Suite Resort yang terletak di Ipoh.
Mana tau korang ada plan bercuti dengan family atau kawan-kawan tu, bolehlah menginap kat sini dan merasai pengalaman yang berbeza dari hotel-hotel yang pernah korang menginap sebelum ni!
Tempat peranginan yang mewah berdekatan tepi hutan & bandar!
Terletak di kawasan sekitar alam semula jadi dan hanya 15 minit ke pusat bandar, The Haven All Suite Resort satu-satunya tempat peranginan di mana ia berdekatan tepi hutan primer yang merupakan tapak prasejarah sejak 200 juta tahun dan juga bandar pada masa yang sama.
Suasana dekat sini cukup tenang macam berada jauh dari hiruk-pikuk bandar Ipoh. Padahal dekat je. Pagi-pagi minum di balkoni sambil melayan view tasik yang penuh dengan pokok-pokok dan bunyi kicauan burung. Fuhhh! Layan habis!
Ada pelbagai kemudahan yang lengkap
Banyak kemudahan yang disediakan di The Haven All Suite Resort yang korang tak boleh terlepas! Dekat rumah kan tak ada jadi, bila dah duduk di sini wajiblah guna kemudahan yang disediakan tu kan? Antaranya adalah kemudahan sukan dan riadah lah…
Antara kemudahan yang ada ialah Jakuzi, Gym yang serba lengkap, Spa, Sauna, Gelanggang Badminton & Skuasy, Trek Joging 600 meter, Gelanggang Tenis, Gelanggang Bola Keranjang, Taman Permainan Kanak-Kanak, Bilik Permainan, Pusat Perniagaan, Ballroom, Restoran persendirian, Perkhidmatan Sewa Basikal serta Helipad.
Selain itu, mereka juga menyediakan ruangan terbuka yang besar dan membolehkan korang untuk mengadakan majlis perkahwinan, team building, seminar dan sebagainya. Keselamatan sepanjang korang berada di The Haven pun terjaga. Memang best betul!
Menyajikan beraneka makanan buat pengunjung!
Kalau dah menginap di hotel mewah macam ni, mesti korang harapkan mereka sediakan makanan yang sedap dan kena dengan tekak korang kan?
Ha…jangan risau, The Haven All Suite Resort memang takkan mengecewakan okay! Mana taknya, Restoran The Cuisines ini telah disenaraikan No.1 di TripAdvisor wehhh sebab menyajikan pelbagai masakan.
Paling penting, restorannya ada sijil Halal. Makanan pun langsung takde MSG dan pewarna tau! Boleh dikatakan Restoran The Cuisines di resort The Haven ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan semula jadi lah…
Bukan tu je, korang juga boleh nikmati tawaran penginapan istimewa!
1. Promosi menarik
- Tempah secara eksklusif – Nikmati penginapan percuma pada malam ketiga dengan setiap dua malam berbayar berturut-turut
- Sarapan disediakan mengikut bilangan pax jenis suite
- Hidangan Set Percuma berdasarkan bilangan pax bagi makan tengahari / makan malam
- Hidangan ringan dan snek bar mini dalam suite percuma
- Akses ke fasiliti resort family dari jam 7 pagi setiap hari
- Wi-Fi percuma di semua suite penginapan
- Tempat letak kenderaan percuma untuk setiap penginapan tanpa had
- Pilihan Tempahan Fleksibel
Tempoh Tempah & Penginapan: Bermula sekarang sehingga 2 Mac 2022*. Korang boleh tempah sekarang di https://www.thehavenresorts.com/stay-2-nights-get-1-night-free.html
*Tawaran terhad
2. Romantic Escape Package
Tempoh Tempah & Penginapan: 13 Jan – 20 Feb 2022.
- 4 hidangan makan malam romantis untuk dua orang
- Satu botol sparkling juice semasa penginapan
- Pralines coklat (6 biji)
- Sejambak mawar merah (6 kuntum) semasa penginapan
- Boleh check-out sehingga jam 2 petang
*Tawaran terhad
Haa…buat korang yang tengah mencari percutian romantik bersama orang tersayang atau nak bermalam di luar untuk majlis istimewa? Pakej ni memang ngam sangat!
Jangan fikir lama-lama, korang boleh klik je dekat SINI untuk buat tempahan!
Jom guys, rasai sendiri percutian yang indah & mewah di The Haven All Suite Resort!
Teringin merasai kelainan semasa menginap di hotel dan nak lari dari kesibukan kota sekejap, bolehlah cuba menginap di The Haven All Suite Resort ni. Memang rugi kalau korang tak pergi!
Lagipun, tempat ni bukan saja dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan korang dengan melakukan pelbagai aktiviti, malah persekitarannya juga sangat selesa sebab kawasannya dikelilingi hutan menghijau dan tasik yang tenang.
Jadi, kalau nak tengok pakej menarik dan tahu lebih lanjut lagi mengenai tempat percutian ini, korang layari je laman web mereka dekat SINI.