Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Dato Sri Ismail Sabri memaklumkan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah bersetuju dengan beberapa cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk pembukaan sektor sukan dan rekreasi fasa 3 dan fasa 4.
Dibenarkan beroperasi semula 15 Julai
https://www.youtube.com/watch?v=E4-Ko22Dg_M
Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal seperti sukan bola sepak, ragbi, hoki sepak takraw, bola keranjang, skuasy dan sukan tempur seperti karate, silat dan taekwaondo sudah boleh dimainkan bermula 15 Julai ini. Di samping itu, pengusaha-pengusaha padang komersil, operator gelanggang futsal, fasiliti sukan dan akademi turut dibenarkan beroperasi hari yang sama.
Bagi penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton pula dibenarkan pada 15 Ogos depan. Pelaksanaan aktiviti sukan dan penganjuran kejohanan perlu diadakan dalam keadaan yang terkawal oleh operator premis dan penganjur acara dengan SOP Am Pengurusan, SOP Am Pra-Penganjuran dan SOP Am Penganjuran yang perlu dipatuhi.
Kesemua SOP akan dimuat naik oleh MKN & Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa yang terdekat untuk rujukan. Penganjuran Kejohanan dan Pertandingan hanya terhad kepada acara atau kejohanan tempatan sahaja, tanpa penonton dan tidak melibatkan ‘mass gathering’ peserta. Penganjuran acara antarabangsa yang melibatkan peserta dari luar negara adalah tidak dibenarkan lagi buat masa ini.
Sumber: Buletin TV3