berita

Boleh ‘Renew’ Lesen Memandu Secara Online Mulai 16 Oktober Ini

October 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Menerusi kenyataan media Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pihaknya memaklumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motosikal dan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dilaksanakan secara atas talian. Jadi, selepas ini anda semua tidak perlu lagi ke kaunter JPJ untuk memperbaharui lesen anda, hanya boleh menggunakan satu klik di rumah.

Renew secara atas talian

Pemegang Lesen Kenderaan Motor (LKM) Motosikal boleh memperbaharui lesen bermula 9 Oktober 2020 menerusi sistem myEG, manakala pemegang Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh memperbaharui  lesen mereka bermula 16 Oktober 2020 ini. Lesen memandu CDL merupakan lesen penuh yang dinaik taraf daripada lesen percubaan selepas dua tahun. Tambahan pula, lesen memandu CDL boleh diperbaharui setiap satu, dua, tiga, atau lima tahun.

Pembaharuan lesen secara atas talian ini tidak termasuk bagi Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL) . Kaedah alternatif ini digunakan sebagai memenuhi hasrat kerajaan menyediakan perkhidmatan secara digital dan bersesuaian dengan norma baharu.

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

SKIP THIS AD ×