Di Instagram, pelantun suara ‘Asmara Ini’ iaitu Dato’ Fazley Yaakob meluahkan hasrat untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.
Saya nak menyanyi semula tahun 2023 boleh?
Menurut Fazley, ramai yang tertanya-tanya kenapa dia mengambil keputusan untuk berhenti menyanyi secara tiba-tiba ketika lagu ‘Asmara Ini’ sedang meletop di corong radio hampir 20 tahun dulu. Ujar Fazley, dia dihalang daripada menyanyi, lagu-lagunya tidak boleh dimainkan di radio bahkan, dia tidak dibenarkan muncul di kaca televisyen pada waktu tersebut.
Ramai jugak cakap, tak payah nyanyi lah sebab nama tengah naik sebagai penyanyi dulu kau sibuk nak berhenti menyanyi kan?Hanya mereka yang tahu yang akan tahu, bukan saya berhenti menyanyi. Tapi saya di halang daripada menyanyi, lagu2 semua tiba2 tak boleh di mainkan di mana2 corong radio, saya tak dibenarkan muncul di kaca tv. Malahan sebarang berita mengenai saya juga tak dibenarkan untuk sebarang penerbitan.
Jadi buat ramai yang bertanya selama ini, kenapa saya tiba2 hilang dari dunia nyanyian dan muncul sebagai Chef sahaja? Itulah kebenarannya. Apabila manusia mengatur dan merancang, Allah lebih mengetahui dan menyusun jauh lebih sempurna. Hanya sabar dan redha menjadi kekuatan saya selama ini.
Di samping itu, Fazley turut berkongsi beberapa klip video nyanyiannya semasa live sepanjang tempoh tidak dibenarkan membuat persembahan. Jelas Fazley, dia kembali semula ke kaca televisyen melalui program Gegar Vaganza.
Soalan saya sekali lagi, boleh ke saya menyanyi semula tahun ni? Untuk suka suka je, bukan untuk menang anugerah pun.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Fazley Yaakob