Zaman sekarang, perniagaan online semakin menjadi pilihan buat para peniaga demi mencari rezeki tambahan. Baik yang menjual makanan sehinggakan produk barangan. Seperti wanita yang dikenali sebagai Kina Fairy, dia mengambil peluang yang sedia ada untuk menjual makanan trending iaitu ‘corndog’.
Menerusi akaun Twitternya, dia berkongsi kisah seorang pelanggan yang baru berusia 11 tahun. Menurutnya, kanak-kanak itu sanggup menunda tarikh cod demi mengumpul duit untuk menikmati makanan tersebut. Sedihnya!
First time dapat customer budak
First time aku dapat customer budak darjah 5. Order 2 paket corndog RM30. Aku fikir mak dia suruh orderkan sebab ada je kes mcmni before this. So, aku layankan je lah. Janji untuk cod semalam. Tetiba dia cancel order…
Ni conversation aku dgn dia. pic.twitter.com/2JT7UOXF1i
— kinafairy (@kinafairy) November 11, 2019
Menurut Kina Fairy, ini merupakan pengalaman pertamanya mendapat pelanggan berusia 11 tahun. Tambahnya, sepanjang berurusan dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai Ainur, pelbagai ragam dapat disaksikan. Misalnya, Ainur memintanya untuk menunda tarikh cod demi mengumpul wang terlebih dahulu.
Dua orang budak tunggu bawah pokok
Bagi duit RM25 seringgit
Aku baru sempat tengok video ainur bagi HAHAHAHAHA Allahuu happynya tengok budak2 ni happy makan corndog???? pic.twitter.com/W6Qnyt3Ppx
— kinafairy (@kinafairy) November 11, 2019
Sumber: Kina Fairy