berita

Bom Tangan Lama Ditemui, Polis Ingatkan Orang Ramai Agar Tidak Usik, Alih Jika Terjumpa ‘Objek’ Meragukan

January 21st, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi laman Facebook Polis Johor, sebutir bom tangan lama ditemui di bawah pokok di padang di Jalan Kemuliaan 1, Taman Universiti, Skudai.  Walau bagaimanapun, pihak Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen telah menjalankan tindakan pemusnahan bom lama itu sekitar jam 4.40 petang .

Jumpa bom di kawasan perumahan

Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dilihat turut hadir bagi meletupkan bom dan kawasan sekitar diletakkan guni pasir. Tinjauan di lokasi kejadian pada 4.50 petang mendapati polis sudah mengepung kawasan padang itu selain menutup laluan sebagai langkah keselamatan.

Tindakan pemusnahan telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik. Pemusnahan telah dijalankan dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda.

Menerusi kenyataan Polis Johor, bom itu jenis bom tangan Unexplode Ordance UXO jenis Hand Grenade PRB 36 berukuran panjang 4.5 inchi  x ukur lilit 8 inchi.

Kawasan padang berkenaan terletak kira-kira 50 meter dari barisan rumah penduduk di situ. Polis dilihat memberi amaran kepada penduduk menerusi pembesar suara supaya tidak keluar rumah dan mencari perlindungan berikutan anggota UPB ingin memusnahkan bom berkenaan yang masih aktif. Letupan dilakukan pada 5.10 petang dengan bunyi letusan sederhana.

Pihak Polis Johor ingin menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom, sila lapor segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

Malah, pihak polis turut mengingatkan orang ramai agar tidak usik, alih dan gerakkan objek tersebut jika terjumpa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Sumber :  Polis Johor

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×