Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Terserempak Abang Aufahanie Berjogging Sebelum Hilang – ‘Dia Pakai Baju Jersi Hitam Tulis Nama Apam’
Artikel Berkaitan: Abang Aufahanie Dilaporkan Hilang Selepas Keluar Joging – ‘Amm Kau Dekat Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keluarga Laung Azan Di Kawasan Nidza Afham Hilang – ‘Ikhtiar, Balik Lah’
Jumpa mayat lelaki
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
Serah kepada pihak polis.
Terdahulu, polis mengesahkan menerima laporan kehilangan penyanyi, Nidza Afham yang keluar rumah pada 7.45 petang semalam namun tidak pulang.
Ujar Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Cha Hoong Fong, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada adik mangsa pada 4.22 pagi, yang menyatakan abangnya ketika itu memakai baju berwarna biru hitam keluar dari rumah di Bandar Puteri, Klang menggunakan perkhidmatan e-hailing ke Stadium Sultan Sulaiman, Klang untuk berjogging.
Pada 9.04 malam, teman wanita Afham menghubunginya dan mendapati panggilan tersebut tidak dapat disambungkan.
Sekadar info, lokasi terakhir keberadaan Afham adalah di Jambatan Kota yang terletak berdekatan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).
Sumber: Buletin TV3