Di Kapit, Sarawak, seorang bomoh berjaya ditahan oleh pihak polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun. Bomoh tersebut dipercayai membuat perbuatan terkutuk itu semasa upacara berubat dijalankan di sebatang anak sungai di Batang Baleh, Khamis lalu.
Diganggu oleh hantu tempayan
Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Harian Metro, ibu mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit, pada hari Sabtu yang lalu. Menurut Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan Freddy Bian, pihak polis terus bertindak sebaik sahaja menerima laporan tersebut daripada ibu mangsa. Tambah beliau, suspek yang berusia 34 tahun itu berjaya diberkas semalam.
Ibunya membawa anak perempuannya berjumpa dengan bomoh terbabit untuk berubat kerana disangka diganggu oleh hantu tempayan. Mereka bersama anaknya serta dua kawannya dibawa ke tempat kejadian dengan menggunakan perahu oleh bomoh itu.
Mengulas lebih lanjut mengenai detik tersebut, ibu mangsa memberitahu bahawa sebaik sahaja sampai di lokasi kejadian, bomoh tersebut telah mengadakan upacara miring dan bebiau di tepi sungai itu. Selepas upacara tersebut, suspek telah membawa anaknya ke tempat yang tidak boleh dilihat iaitu di sebelah hulu sungai bagi tujuan mengeluarkan hantu dari badan anaknya.
Tidak menceritakan apa yang berlaku
Sekadar gambar hiasan
Semasa upacara membuang hantu itu, anaknya dirogol oleh bomoh. Bomoh menyatakan kepada anaknya supaya tidak menceritakan perkara itu kerana nanti penyakitnya tidak akan sembuh.
Sebaik sahaja sampai di rumah, mangsa telah menceritakan apa yang sudah berlaku kepada emaknya. Meskipun, disuruh untuk tidak menceritakan perkara tersebut oleh suspek tersebut. Susulan daripada penangkapan yang dilakukan oleh pihak polis, suspek direman selama tujuh hari mulai semalam hingga 2 Januari depan bagi membantu siasatan. Manakala, mangsa dibawa ke Hospital Sibu bagi pemeriksaan lanjut.
Sumber: Harian Metro