Seorang lelaki yang digelar bomoh ular dilaporkan maut selepas dipatuk ketika membuat pertunjukan di majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan Indonesia ke-78 pada Jumaat lalu di Cisarua, Sumedang di Indonesia.
Bomoh maut dipatuk ular
Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Rosandi Maulana sedang melakukan persembahan dengan dadanya terdedah di hadapan seeokor ular tedung peliharaannya. Tiba-tiba, mangsa diserang dipatuk oleh ular tedung sepanjang 3.5 meter dan memiliki berat lapan kilogram (kg) di hadapan sejumlah penonton.
Menurut para penonton, mereka langsung tidak menyedari kejadian itu memandang mangsa telah menamatkan pertunjukkan serta merta dan meninggalkan lokasi tersebut. Rupa-rupanya, mangsa bergegas untuk ke pusat perubatan namun tidak sempat mendapatkan rawatan, mangsa sudah terbaring dan mengalami kesukaran bernafas.
Susulan daripada itu, mangsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
Sumber: Tribunnews, Detik