Usahawan, Rozita Ibrahim mahu menjual rumah banglo miliknya yang terletak di Sungai Buloh pada harga RM10 juta.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bonda Rozita Kongsi Bibit Perkenalan Dengan Suami – ‘Saya Langsung Tidak Pandang Muka Dia …’

Lelong rumah banglo

Menerusi hantaran di TikTok, Rozita atau mesra disapa Bonda berkata, keputusan untuk ‘melelong’ rumah dua tingkat itu dibuat kerana dia kini sudah menetap di kediaman baharu yang terletak di Genting Highlands.

Satu lagi property yang saya mahu jual iaitu rumah di Sunway Rahman Putra, Jalan BRP 3/3, Sungai Buloh.

Saya mahu jual kerana saya sekarang duduk di rumah hutan, tidak mahu lagi menetap di bandar.

Rumah ini sangat besar, keluasan rumah hampir 20,000 kaki persegi. Rumah ini ada empat ruang tamu yang sangat besar.

Rumah itu dilengkapi sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, sebuah kolam renang, surau, gimnasium, bilik pakaian dan dua buah kolam ikan.

Menerusi video sama, Rozita turut berkongsi suasana persekitaran rumah tersebut yang nampak luas dan tenang, sesuai untuk mereka yang mementingkan privasi dan keselesaan.

Tambah ibu kepada, Datuk Seri Aliff Syukri ini lagi, sebarang urusan pembelian boleh dibuat terus dengannya tanpa melalui ejen hartanah.

Yang berminat boleh terus hubungi saya, tak perlu melalui broker, terus berurusan dengan saya.

Sumber: TikTok