Pagi tadi perubahan besar telah berlaku di dalam negara dan semestinya ada pemimpin yang datang juga pergi. Salah satunya adalah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan atau lebih dikenali sebagai ‘Tok Mat’ dikalangan penduduk di Negeri Sembilan apabila dia terpaksa mengundurkan diri selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas tampuk pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke-14, semalam.
Tetapi begitu ramai di sosial media meluahkan rasa sedih apabila mendengar berita tersebut. Bagi mereka, Tok Mat sudah banyak berjasa dan berjaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Ini antara respon orang ramai.
Kesayangan rakyat Negeri Sembilan
Sudah banyak berkhidmat, tolong ringankan beban
Tokmat berjiwa rakyat
Sumber: Twitter