berita

Bos ‘Maki’ Pekerja Digantung Tugas

October 1st, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Semalam tular di laman sosial media apabila seorang pengguna Twitter telah berkongsi satu video dimana seorang kakitangan syarikat telekomunikasi, Maxis memarahi dua orang pekerja termasuk wanita hamil. Tindakannya tersebut telah mengundang rasa marah netizen dan menganggap perkara itu keterlaluan.

Berhubung dengan isu itu, akhirnya pihak Maxis tampil memberi penjelasan di Twitter.

Digantung tugas.

Sumber video: Youtube Yuan Ling

Seorang kakitangan Maxis telah digantung tugas selepas video tindakannya memaki pekerja sebagai tidak beretika. Video yang berdurasi selama 36 saat itu menunjukkan wanita dipercayai majikan kepada dua pekerja itu mengherdik mereka kerana tidak mematuhi arahan dan tugasan.

Wanita itu berkata:

Kamu duduk di sini dan hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sekarang! Tengok sini, kenapa kamu tidak boleh buat apabila saya suruh kamu lakukannya?

Kamu (wanita hamil)! Apa yang kamu pandai buat?

Tidak lama selepas video itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, Maxis tampil memberi pencerahan di Twitter.

Baru-baru ini, sebuah video berhubung insiden di tempat kerja telah menarik perhatian kami.

Kami kesal dengan insiden terbabit yang kini dalam siasatan. Sementara itu, pekerja terbabit telah digantung tugas.

Insiden itu tidak mencerminkan nilai syarikat, sebaliknya kami mengamalkan nilai bersemangat tinggi, positif dan persekitaran kerja yang harmoni bagi semua pekerja.

Selain itu, Maxis juga turut menghubungi pekerja yang terjejas dan menyatakan kekesalan terhadap insiden itu.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×