berita

Bosan Asyik Buat Benda Sama Je Tiap Kali Keluar Dating? Nah Cuba 5 Aktiviti Menarik Ni!

February 14th, 2022 | by Sya Alkaf
Sponsored Post

Tak kiralah korang pasangan baru bercinta, dah lama bercinta atau dah lama berkahwin sekali pun kadang-kadang mesti macam ketandusan idea nak buat apa bila keluar dating dengan pasangan kan?

Boringlah asyik keluar makan lepastu I tanya You, You tanya I nak pergi mana, buat apa.. Tapi korang jangan risau! Biar kitorang tolong listkan beberapa aktiviti best yang boleh korang cuba dengan pasangan masing-masing.

Paling penting dijamin semua aktiviti ni anti boring okay!

Jom buat kerja kayu macam kelas kemahiran hidup dulu-dulu!

Kredit foto: Instagram @homelytruth

Nak cari rak buku baru untuk rumah korang? Tak payah pergi beli, jom buat sendiri! Lagi best sebab korang boleh bertukang sama-sama dengan pasangan korang untuk buat kerja kayu ni.

Dekat sini korang bukan je boleh belajar untuk buat kerja kayu macam kelas kemahiran hidup masa dekat sekolah dulu tapi korang juga dapat eratkan lagi hubungan dengan yang tersayang melalui semangat kerjasama. Awwww!

Antara bengkel kerja kayu yang dibuka buat pasangan adalah di ADIAIDA, dekat sini macam-macam benda korang boleh buat sendiri tau! Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai tempat ni korang boleh ke laman Instagram rasmi mereka di SINI.

Serlahkan bakat seni korang!

Korang suka buat kerja seni tapi skill yang ada tak berapa nak berseni sangat? Jangan risau! Ajak pasangan korang ke Splatter Art Factory yang terletak di Subang Jaya.

Dekat sini korang tak perlukan sebarang skill seni pun korang hanya perlu campak-campak warna pada canvas yang disediakan mengikut kesukaan korang! Tapi dalam pada campak-campak tu pun hasilnya kami yakin mesti wow!

Untuk tempahan slot dan sebarang pertanyaan mengenai Splatter Art Factory korang boleh klil di SINI.

Ambil gambar banyak-banyak sebagai kenangan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Self Photo Studio KL (@suafotostudio)

Benda ni nampak macam remeh tapi sebenarnya gambar adalah satu medium yang mampu menyimpan seribu satu memori. Gambar yang korang ambil hari ni bila tengok balik dalam beberapa tahun akan datang akan buatkan korang tersenyum-senyum sendiri teringatkan kenangan manis masa bercinta.

Kalau dan boring asyik selfie berdua je atau malu nak suruh orang lain ambilkan gambar, apa kata korang ke Sua Foto Studio yang merupakan foto studio ambil sendiri! Yes! korang ambil gambar sendiri dekat studio ni kemudian pilih dan cetak sendiri je!

Senang geng! Paling penting hasil gambar korang berkualiti tinggi macam upah photorapher! Kalau nak tahu tentang harga dan maklumat lanjut korang boleh ke SINI.

Kayak pun best!

Kredit foto: Facebook Kelab Tasik Putrajaya

Pasangan korang jenis yang suka aktiviti outdoor? Haa.. Korang boleh pergi kayak sama-sama! Sambil tengok keindahan alam semula jadi korang juga dapat luangkan masa berkualiti bersama.

Tak perlu jauh-jauh pun untuk berkayak ni, paling mudah korang boleh ke Putrajaya je. Dekat sini harga yang ditawarkan pun tak mahal tau hanya RM10.60 untuk satu jam. Jimat geng, tak payah nak berhabis duit sangat. Boleh simpan untuk pergi dinner sedap-sedap lepas tu :)

Untuk lebih banyak informasi tentang aktiviti kayak di Tasik Putrajaya korang boleh klik di SINI.

Makan malam yang lebih fancy!

Kredit foto: Thirty8 Grand Hyatt & Instagram @troikaskydining

Seronok juga bila sekali-sekala dapat makan malam yang lebih fancy kan? Contohnya makan malam berlatar belakangkan menara KLCC atau permandangan indah pencakar langit di sekitar Kuala Lumpur.

Ada beberapa tempat yang korang boleh lawati untuk makan malam seumpama ni seperti di Thirty8 Grand Hyatt KL, Nobu KLCC, Fuego at Troika Sky Dining dan banyak lagi!

Bajet tak banyak? Dating dekat McD je, klasik!

Perlukan pilihan yang lebih mesra belanja? Jom dating ke McDonald’s je! Lagipun dating dekat McD memang klasik geng, kalau diingat-ingat balik McD lah tempat kita semua selalu lepak kan. Tak kisah dengan kawan atau keluarga tersayang tapi it’s alwayss McD!

Lagi best sebab sekarang McD keluarkan pilihan terbaru iaitu Spicy Sesame McChicken sebagai tambahan kepada McChicken yang sedia ada! 

Spicy Sesame McChicken boleh mula didapatkan di semua cawangan McD bermula 14 Februari ni. Jadi jangan tunggu lagi jom jadi yang terawal untuk nikmati keenakan Spicy Sesame McChicken bersama tersayang!

Kalau korang lebih selesa untuk habiskan masa bersama di rumah, chill chill makan sambil tengok TV apa kata korang pesan je McD secara atas talian melalui McDelivery dekat SINI atau melalui aplikasi McD yang boleh di muat turun melalui App Store dan Google Play Store.

Selamat berdating! hehe :)

SKIP THIS AD ×