berita

Bosan Bila PKP? Jangan Risau! Ini Antara Drama Yang Korang Boleh Tonton Di Rumah

May 10th, 2021 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Buat peminat drama kat luar sana tu, mesti korang dah bosan tengok cerita yang sama je kan? Agak-agak ada tak drama best lain yang korang boleh layan? Eh, mestilah ada!

Bukan setakat drama melayu je, K-Drama, C-Drama dan Anime semua ada! Meh sini admin share drama terbaru yang korang boleh tengok sepanjang bulan Mei ni di platform iQiyi.

Yang penting, ada sarikata Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan juga Bahasa Inggeris yang korang boleh pilih tau! Episode untuk korang tonton tu pun kebanyakkannya percuma. Ini antara list drama yang korang boleh tengok sepanjang Mei ini!

K-Drama yang korang wajib tengok!

1. So I Married The Anti-Fan – Choi Sooyoung & Choi Tae Joon

Drama bergenre romantik komedi ini menampilkan pelakon hebat Choi SooYoung dari Girls’ Generation bergandingan dan Choi Tae Joon, mengisahkan tentang pertemuan wartawan TV biasa Geun-yeong dengan bintang K-Pop yang terkenal, Hujun. Macam seronok! 

Katanya, antara kedua-duanya tidak rela bergabung dalam sebuah rancangan realiti, “So I Married an Anti-Fan” kerana mereka adalah sepasang musuh yang tidak mengenali satu sama lain dan Geun yeong (Choi Sooyoung) adalah anti-fan nombor satu yang paling bencikan Hoo Joon.

Nak tau apa yang bakal jadi seterusnya, korang kena la tengok di aplikasi iQiyi atau iQ.com.

2. Imitation – Lee Jun Young, Jeong Ji Soo & Park Ji Yeon

Imitation merupakan drama yang mengisahkan kehidupan dunia hiburan, terutama idola k-pop yang mempunyai impian sebenar dan bekerja keras dalam meraih kejayaan mereka meskipun perlu bersaing dan kompetitif.

Drama ini bakal ditayangkan di Tayangan Perdana secara EKSKLUSIF di iQ.com dan 1 episod baru setiap Jumaat pada 10.10 malam.

3. My Roommate is a Gumiho – Jang Ki Yong & Lee-Hye Ri

Cerita bergenre komedi horor romantis yang telah diadaptasi dari komik yang popular ini menceritakan kisah yang berlaku ketika seorang pelajar perempuan (Lee Hye Ri) yang menghadapi kematian dan secara tidak sengaja menelan mutiara Gumihonya. 

Tanpa mutiara tersebut, Gumiho tidak dapat hidup menjadi manusia. Fuhh, macam seram semacam je, main telan telan mutiara ni! 

Apakah kesudahannya? Korang tengok sendiri Tayangan Perdana EKSKLUSIF pada 26 Mei di iQ.com tau pada setiap hari Rabu dan Khamis! 

 

4. Dark Hole – Kim Ok Bin & Lee Joon Hyuk

Bukan setakat drama komedi romantik je yang ada tau! Kisah seram misteri dan ngeri pun korang boleh tengok.

Dark Hole mengisahkan sekumpulan mangsa yang bertarung nyawa menentang mutan yang diciptakan ketika manusia menghirup asap gelap misteri dari lubang tanah. 

 

Drama melayu terbaru yang korang boleh layan!

1. Sabarlah Duhai Hati – Saharul Ridzwan & Amyra Rosli

Saharul Ridzwan kini tampil kembali menjadi hero dalam drama Sabarlah Duhai hati. Selalunya kalau jadi hero ni ada je konflik yang akan berlaku kan?

Ha.. drama ni mengisahkan tentang cinta dan keluarga yang menampilkan Nur Syafira (Amyra Rosli) yang kehilangan kedua dua ibu bapanya. Beliau bertanggungjawab untuk menjaga adik kecilnya, Danish.

Semasa menanggung kehilangan orang tersayang dan berjuang dengan fasa kehidupan barunya, Fira terkejut dengan lamaran Affan yang tiba-tiba, seorang lelaki yang hampir tidak dikenalinya.

Nak tau apa kisah selanjutnya, korang boleh tonton secara percuma di aplikasi iQiyi  atau iQ.com setiap hari pada jam 8 malam.

2. Cukup Derita Itu – Hisyam Hamid, Caca Maembong & Ruhainies

Ada tak kat sini peminat Hisyam Hamid tak kat sini? Jarang la cerita tak best kalau beliau yang berlakon kan? Tambah pula gandingan Caca Maembong dengan Ruhainies. Mesti syok kalau layan!

Kalau korang nak tahu drama ni mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani dan Ellana yang telah mati kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara. Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri setiap Ellani dilayan seperti hamba.

Konflik timbul kompilasi Zarul yang khas menikahi Ellana perubahan hati dan permintaan untuk mengahwini Ellani. Sejak itu, Mak Ngah dan Ellana berjanji akan merosakkan perkahwinan Zarul dan Ellani.

Nak tau ada ke tak konflik lain yang berlaku? Jangan lupa saksikan Cukuplah Derita Itu setiap Isnin hingga Khamis pukul 11 malam EKSKLUSIF di aplikasi iQiyi atau iQ.com.

C-Drama pun ada guys!

1. My Dear Guardian – Johny Huang & Li Qin

Drama romantik dalam bidang ketenteraan ni pun macam best jugak! Ia mengisahkan tentang Xia Chu yang merupakan pakar bedah yang mempunyai pengalaman dan membolehkannya tetap tenang dalam menghadapi situasi sukar antara hidup dan mati.

Liang Muze adalah pegawai tentera khas yang telah bertempur di banyak medan perang. Dia telah menutup hatinya kerana kenangan yang menyakitkan dari masa lalu. Adakah ia diselamatkan dari penyamun atau terus melihat orang lain di bawah satu bumbung? 

Korang boleh saksikan drama ini akan datang di iQ.com ya!

2. Moonlight – Esther Yu & Ryan Ding

Setelah lulus dari universiti, dengan minat dalam bidang penerbitan, Chu Li berjaya memasuki syarikat impiannya, Yuan Yue Publishing House. Namun, jalan yang mencabar berada di hadapannya.

Dia terkejut ketika mengetahui bahawa industri penerbitan pada waktu ini telah mengalami perubahan besar. Dengan keikhlasan dan profesionalisme, dia mendapat penghormatan dari pengarang terkenal dan menjadi editor eksklusif mereka.

Chu Li mengatasi rintangan dalam kariernya dan akhirnya menjadi editor yang mampan. Pengarang terkenal Zhou Chuan dikatakan lemah lembut walhal sebenarnya tidak.

Kedua-duanya sentiasa berselisih tetapi Zhou Chuan kemudian mengetahui bahawa Chu Li adalah rakan dalam talian nya, Monkey Lord. Tak sabar nak tengok ni! 

Ha… macam biasa, korang boleh tonton drama akan datang secara EKSKLUSIF di iQ.com tau!

Peminat anime sila muncul, ini drama untuk korang!

K-Drama sudah, C-Drama pun sudah! Kalini, kami tampilkan filem fantasy anime untuk korang. Jom tengok!

1. Fruits Basket The Final Season 

Diadaptasi dari komik terkenal, kisah bergenre komedi dan romantis ini memang tengah trending tau sekarang! Ia mengisahkan tentang gadis sekolah menengah yang optimis bernama Tohru Honda yang dijaga oleh datuk yang baik hati.

Setelah ibunya meninggal dalam kemalangan. Tohru harus pindah dan mendirikan khemah di hutan untuk tinggal bersama rakannya secara sementara.

Tohru tinggal di hutan milik keluarga Souma, berkenalan dengan Sohma Yuki, “putera” yang tampan di kelasnya dan mengetahui rahsia Keluarga Sohma.

Kerana sumpahan itu, keluarga Sohma menjalani kehidupan yang menyakitkan, setiap orang mempunyai masa lalu yang menyedihkan. Kehadiran Tohru membawa senyuman dan harapan kepada keluarga.

2. 86- Eighty Six

Cerita berdasarkan fiksyen sains dan peperangan ni pun antara yang best jugak! Ia mengisahkan tentang Republik San Magnolia yang telah diceroboh oleh Legion of Empire of Giad mekanik autonomi.

Sejak daripada itu Republik ini telah mengembangkan senjata autonominya sendiri, iaitu Juggernauts. Dibalik dari tembok kuat yang melindungi 85 teritorial Republik terdapat sektor “tak berada” bernama Eighty-Six. 

Kalau korang nak tahu lebih mengenai Republik tersebut, jangan lupa tonton setiap episod secara percuma setiap hari Ahad, jam 12.30 pagi di iQiyi.

Tonton semua list drama tu secara percuma & dapat banyak kelebihan kalau korang melanggan VIP!

Ha… macam mana? Memang onz sangat kan antara semua list drama yang ada! Korang kena masuk kan dalam must-watch list tau! Lagipun korang juga boleh tontotn secara percuma dan dapat banyak kelebihan tau kalau korang melanggan VIP.

Lagi-lagi nak dekat raya ni kan, agak agak bosan taktau nak buat apa tu, korang boleh je tonton drama tersebut dekat iQiyi!

Mulai 7 hingga 16 Mei ini, kalau korang menjadi ahli standard VIP, korang hanya perlu membayar sebanyak RM 16.90 sahaja dari RM23. 90 untuk suku tahunan.

Tapi kalau korang nak bayar setahun terus pun boleh juga. Dari harga RM87.90, korang boleh dapat hanya dengan RM44.90 je tau! Promosi ni khas untuk raya. Menarik kan?

Lagi best bila jadi ahli VIP di iQiyi!

Selain itu, kalau korang jadi ahli VIP iQiyi, korang akan dapat Advance Privilege. Antaranya adalah langganan bulan pertama, korang hanya perlu bayar sebanyak RM1.90 je. 

Bukan tu saja, korang juga dapat menonton drama-drama yang eksklusif dan dapat extra akses ke episod-episod tu dulu! Paling best, korang juga boleh skip iklan yang ada. Takde dah nak kena tunggu lama lama untuk tengok iklan mereka.

Korang boleh tonton dengan fungsi Dolby Atmos di iQiyi! Ia merupakan teknologi bunyi persekitaran yang serta visual yang jelas dengan Full-HD Blu-Ray 1080p.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang iQiyi, korang boleh layari laman iQiyi sekarang. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×