Memandangkan kita masih dibawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan, admin yakin mesti ramai yang tak tahu nak buat apa di rumah. Mesti dah banyak siri dan drama yang korang tonton sampai dah takde idea nak tengok apa.
Eh, korang dah tengok drama bersiri Ben & Bella kat TV3? Dengar cerita, drama bersiri yang dibintangi Hannah Delisha dan Alvin Chong ni comel sangat dan dah mula disiarkan! Nak tahu drama ni pasal apa? Jom admin kongsikan!
Ben & Bella, drama pendek 5 episode..
Drama bersiri ni mengisahkan seorang anak kepada pemilik syarikat terkenal, bernama Bella (Hannah Delisha) yang kaya dan cantik, tapi sentiasa tak yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Bella ni suka sangat pandang rendah pada dirinya sendiri sampai susah sangat nak minta tolong pada sesiapa. Tapi, dalam masa yang sama Bella cuba nak buktikan yang dia pun boleh berjaya seperti ayahnya.
Kehadiran Ben, membuatkan Bella berubah dan kenal sesuatu..
Muncul Ben (Alvin Chong) yang datang mengubah segalanya dengan sikap positif dan sentiasa bersedianya. Benlah yang sentiasa menyokong dan bangkitkan kembali semangat Bella untuk sentiasa berusaha sebaiknya.
Senang cerita, lepas kenal Ben, Bella dah jadi makin berani serta semakin bersemangat untuk berkerja dan sebab Ben jugaklah, Bella mula kenal Blend & Brew White Coffee! Tapi bila Bella baru je bersemangat nak kerja, tiba-tiba dia dapat tahu yang Ben dah ada teman wanita. Oh no!
Takkan dia bertepuk sebelah tangan kot? Korang rasa, apa kesudahannya?
Tapi..apa kena mengena Nescafé Blend & Brew dengan kisah Ben & Bella?
Kalau korang nak tahu, Drama bersiri Ben & Bella ini sebenarnya sebuah kempen terbaru Nescafé Blend & Brew yang membawa tema Bangkitkan Semangat Pagi.
Haa..di sinilah Nescafé Blend & Brew sebenarnya ingin berkongsi perubahan positif melalui penyampaian karakter Bella di mana, dia lebih bersedia untuk mengejar peluang bagi mencapai yang terbaik demi orang yang tersayang.
Selain itu, transformasi yang disampaikan melalui drama bukan sahaja lebih dekat dengan penonton tetapi juga memberi motivasi kepada mereka untuk berubah ke arah yang lebih positif.
Jangan lupa saksikan Ben & Bella di TV3!
Admin dah tengok dah episode pertama. Memang layan betul! Kalau korang terlepas episode pertama, jangan risau. Nah, admin belanja. Enjoy!
Jangan lupa saksikan episod seterusnya pada setiap Isnin, 9.50 hingga 10.00 malam di TV3!